Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azmin belajar dari Dr. Mahathirlah ni...... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azmin belajar dari Dr. Mahathirlah ni......

Azmin hadir sidang akhbar ADUN Umno
mk  |  Dikemaskini 26 Mac 2018, 11:08 malam
DUN Selangor |  Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali melakukan tindakan yang sama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau hadir dan kelihatan memerhatikan sekumpulan ADUN Umno yang mengadakan sidang akhbar mengkritik kerajaan negeri.

Bertempat di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini, Azmin berdiri bersama-sama wartawan yang membuat liputan sidang akhbar dan tersenyum ke arah ADUN Umno tersebut kira-kira dua minit.

ADUN Umno yang diketuai ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyenaraikan dakwaan 10 kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS.

Kemudian, Azmin yang ditemani beberapa orang ADUN HARAPAN meninggalkan sidang akhbar itu sambil tertawa.

Khamis lalu, pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Kamarul Zaman Yusoff menjadi 'bahan jenaka' di media sosial selepas mengkritik Mahathir pada majlis Wacana Sinar Harian di Shah Alam dan beliau didakwa 'terkucil' apabila mantan perdana menteri itu muncul secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, Kamarul Zaman menafikan beliau terkucil dengan kemunculan Mahathir

Pada majlis itu, Mahathir meminta Kamarul untuk mengatakan kritikannya secara berdepan tetapi Kamarul kelihatan menukar nada perbincangannya dan tidak selesa apabila Mahathir merenung ke arahnya.Hari ini merupakan hari pertama sidang DUN Selangor yang akan berlanjutan sehingga Jumaat ini.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2E0BqXP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.