Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami tak silap, ko yang salah tengok tu! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami tak silap, ko yang salah tengok tu!

Pengundi S'wak berumur 150 tahun mungkin 'paling tua di dunia'
mk  |  Dikemaskini 26 Mac 2018, 9:37 pagi
Kegiatan rutin memeriksa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kadang-kala menghasilkan penemuan "misteri' yang meragukan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz Isa dari DAP tidak pasti apa yang ditemuinya dan meminta soalan itu dijawab oleh SPR.

Semasa meneliti laman web rasmi SPR yang menyenaraikan butiran peribadi para pengundi di Sarawak semalam, Aziz, yang merupakan setiausaha publisiti Pemuda DAP "terkejut" apabila menyemak umur seorang pengundi, Mohd Said bin Mohd Arshad Mohd Said.

Menurut laman web tersebut, Mohd Said dilahirkan pada 1 Jan 1868, dengan nombor kad pengenalan yang tertera membuktikannya.

Bercakap kepada Malaysiakini  sejurus selepas itu, Aziz berkata pengundi berkenaan didaftarkan di daerah mengundi Krokop yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut dan Parlimen Miri.

"Jika maklumat ini sah seperti yang dinyatakan, ini bermakna Malaysia kini memegang rekod dunia kerana mempunyai warganegara berusia 150 tahun.
"Menurut Rekod Dunia Guinness, orang yang paling tua pernah direkodkan sehingga tahun 1997 adalah seorang wanita Perancis, Jeanne Louise Calmant (lahir pada tahun 1875) yang meninggal dunia di rumah penjagaan pada usia 122 tahun," kata Aziz (foto).

Aziz juga hairan mengapa Mohd Said yang berusia 150 tahun tidak direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai orang tertua di dunia selepas Calmant.

Pemegang rekod semasa, menurut Rekod Dunia Guinness, adalah Nabi Tajima dari Jepun yang berusia 117 tahun. Beliau merupakan individu terakhir yang dilahirkan pada abad ke-19 .


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I9TTDU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.