Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses

Surayati Ibrahim
Surayati Ibrahim
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan pada masa ini, masih tidak dapat diproses.
  
Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata, ia berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), satu daripada parti komponen yang menyertai pakatan itu, belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen sepertimana dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

"Dengan ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan bahawa pendaftaran Pakatan Harapan buat masa ini masih tidak dapat diproses," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Pada 9 Mac lalu, RoS dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada Bersatu yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.

Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk  kepada perkara  yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.
Pakatan Harapan menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lalu. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pCSVbk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.