Prof terkucil di belasah Art Harun pula!
March 26, 2018
Art Harun patahkan hujah Dr M tak layak kerana pemikiran agama
FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang peguam hari ini berkata pemikiran agama Tun Dr Mahathir Mohamad tidak timbul dalam soal kelayakan seorang perdana menteri kerana hal ehwal Islam sudah diatur oleh sistem negara.
Azhar Harun merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan keberadaan badan-badan bertanggungjawab, serta ketiadaan “hudud” dan “RUU 355”, dalam manifesto parti memerintah untuk mematahkan hujah pensyarah sains politik, Kamarul Zaman Yusoff.
Penganalisis terkenal itu di Facebook semalam menegaskan soal usia Dr Mahathir, 93, bukan penentu kemampuan untuk menjadi perdana menteri, tetapi pemikiran Islam yang tidak betul “sebab terbesar” beliau tidak layak.
Azhar memulakan catatannya di Facebook dengan berkata polemik membandingkan keislaman ahli-ahli politik sebenarnya tidak membawa ke mana-mana.
“Tulisan tuan profesor menyatakan Dr Mahathir anti-hudud…Kalau Umno dan PAS betul-betul inginkan hudud, mengapa tidak diperkenalkan hudud setelah lebih 60 tahun kita merdeka, sedangkan Umno mengepalai sistem perundungan sejak 1957 lagi?
“Kenapa sekarang dipersalahkan DAP, Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang? Apakah mereka ini yang mempunyai majoriti di Parlimen selama ini? Atau, apakah hudud sebenarnya soal yang amat sukar dari segi peruntukan Perlembagaan sehinggakan perlaksanaannya tidak dapat dilakukan dengan senang-lenang dan selamba?”
Beliau berpandangan soal hudud ini “cuma modal politik hambar” yang dipergunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan ketandusan idea dan isu untuk mengail undi.
“Mereka, termasuk saya, yang mempersoalkan keterlaksanaan hudud mengikut asas Perlembagaan Persekutuan sering dilabelkan sebagai anti-Islam dan kafir.”
Azhar juga turut menyentuh isu rang undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali sebagai RUU 355. Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mahu meningkatkan hukuman maksimum bagi kesalahan syariah, seperti khalwat dan mengajar agama tanpa tauliah, kepada 30 tahun penjara, RM100,000 denda, dan 100 sebatan rotan.
“Apa yang terjadi pada RUU 355? Berapa kali ianya disenaraikan untuk diperdebatkan di sidang Parlimen dan kemudiannya ditangguh?
“Semuanya hanya sandiwara untuk mengail undi semata. Isu ini akan diperbesar-besarkan, terutama sewaktu pilihan raya amat dekat, agar warga Islam dan Melayu dibuai mimpi sebuah negara Islam yang gemilang di mana Islam ‘dimartabatkan’,” kata Azhar.
Kamarul mengajukan penolakan Dr Mahathir terhadap undang-undang Islam, khususnya hudud, seperti yang dirakamkan dalam rekod umum, menyebabkan bekas perdana menteri itu tidak lagi layak menjadi perdana menteri pada penggal akan datang.
Menurut Kamarul, tiada kefahaman Islam yang betul tidak akan membolehkan ikrar “memeliharakan pada setiap masa agama Islam”, petikan daripada ikrar jawatan, yang membolehkan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dapat dilaksanakan, merujuk kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Pensyarah itu turut menyorot perhatian pembacanya kepada manifesto PH yang tidak menyebut sebarang komitmen untuk memartabatkan Islam dalam 5 terasnya, 60 janjinya dan 5 iltizam gabungan itu.
“Sekiranya sudah ada Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan, apakah tidak cukup kalau PH berjanji akan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan?” soal Azhar.
“Tambahan lagi, di manakah hudud di dalam manifesto Umno atau Barisan Nasional, malah PAS sendiri? Di mana RUU 355?”
Azhar seterusnya menjelaskan Perlembagaan Persekutuan sudah menetapkan ketua-ketua Islam bagi setiap negeri dan Perkara 3(5) pula menyentuh tentang penubuhan sebuah badan atau majlis untuk menasihati Agong mengenai perkara berkenaan agama Islam.
“Jadi, tugas dan tanggungjawab perdana menteri mengenai hal-ehwal Islam bukan terletak dibahunya sahaja. Ada badan lain yang akan menjalankan tanggungjawab tersebut,” kata peguam itu.
“Dengan itu, dengan hormatnya saya rasa pendapat tuan profesor mengenai ‘ketidakbetulan’ pegangan Islam Dr Mahathir – kalau pun kita boleh anggap sedemikian – menjadikan beliau bukan pilihan perdana menteri yang sesuai adalah tidak benar dan tidak betul sekiranya kita hayati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.”

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2I5Y9E8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment