Artis Popular Sertai Gema Gegar Vaganza Musim Baru
Kredit foto: Instagram Astro Gempak
Nama-nama popular seperti Awi Rafael, Ippo Hafiz dan Farah Asyikin merupakan antara wajah finalis Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV) yang akan mula bersiaran pada 31 Mac ini.
Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, rancangan yang mengetengahkan lagu-lagu ketuhanan itu masih berkonsep sama seperti tahun lalu. Begitupun kali ini melibatkan penambahan seorang peserta menjadikannya 11 kesemuanya.
“Kami di Astro berasa amat teruja untuk membawakan Gema Gegar Vaganza musim kedua kepada penonton.
“Justeru itu, kami masih mengekalkan format penganjuran GGV musim kedua seperti tahun sebelumnya. Cuma, pada musim ini kami tampilkan 11 peserta berbanding 10," katanya memetik laporan Mstar Online.
Raqim menjelaskan keputusan penambahan peserta dibuat selepas mendapati rata-rata penyanyi yang hadir ke ujibakat mempunyai potensi yang layak diketengahkan.
“Keputusan ini diambil selepas kehadiran ramai penyanyi berbakat hadir ke sesi ujibakat tertutup. Sayang rasanya apabila mereka yang benar-benar layak tidak diberikan peluang,” katanya.
Antara penyanyi lain yang terlibat termasuk Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah dan Heliza & Hazwani (pasangan duo). Penyanyi solo pula adalah Fitri Haris dan Adeep Nahar.
Penilaian akan dibuat sepenuhnya dengan menggunakan khidmat dua juri tetap, Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi bersama juri undangan pada setiap konsert.
Manakala, tugas pengacaraan masih digalas dua hos terdahulu iaitu Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim, ditemani seorang lagi hos baru iaitu Fakhrul UNIC.
Pemilihan Fakhrul berlandaskan kebolehannya mengacara serta mempunyai pengalaman tersendiri mengendalikan rancangan bercorak keagamaan iaitu Bismillah Ad-Duha.
Kredit foto: Instagram Siti Nordiana
“Selain itu, kami juga memperkenalkan seorang lagi pengacara baharu yang akan bergandingan bersama Siti Nordiana dan Fikri iaitu Fakhrul UNIC.
“Fakhrul berbakat bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi juga pengacaraan di mana dia juga merupakan pengacara program terbitan Astro Oasis, Bismillah Ad-Duha,” katanya.
Gema Gegar Vaganza akan ke udara selama tujuh minggu, bersiaran langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil mulai 31 Mac ini.
Penonton boleh mengikutinya di kaca televisyen setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).
Hadiah yang ditawarkan kepada juara berupa wang tunai sejumlah RM100,000. Naib juara bakal membawa pulang 30,000, diikuti tangga ketiga dengan wang bernilai RM20,000.
Keempat, kelima dan keenam masing-masing RM15,000, RM10,000 dan RM5,000. Kesemua mereka turut menerima ganjaran trofi.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G0VyuR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment