Lelaki 220 kg kena angin ahmar, bomba usung dari bilik hotel
MELAKA, 24 Mac — Bomba terpaksa dikerah untuk membawa turun lelaki seberat 220 kilogram yang diserang angin ahmar.
Ang Nickson, 30, ketika itu berada di tingkat 11 di sebuah hotel dan tidak dapat menggerakkan bahagian kanan badannya, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian 9.30 pagi semalam di Taman Kota Laksamana Utama dekat sini, mangsa terpaksa diusung dengan tilam menggunakan lif hotel.
“Seramai 12 anggota selain sebuah jentera, lori dan unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke lokasi,” kataketua balai bomba Jalan Kubu.
Dibantu kakitangan hospital, timbalan penguasa bomba Kamarulzaman Mohd Din berkata lelaki itu dibawa ke Hospital Melaka.
Sumber Lelaki 220 kg kena angin ahmar, bomba usung dari bilik hotel
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2DT74pZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment