Ekspo PR1MA Tawar Lebih 600,000 Unit Rumah
KUALA LUMPUR -- Lebih 600,000 unit rumah akan ditawarkan pada program ekspo perumahan peringkat kebangsaan anjuran pihak Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok sehingga 1 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata ekspo perumahan terbesar itu tidak hanya mengetengahkan kediaman di Lembah Klang, sebaliknya yang turut terletak di seluruh negara.
“Kami menawarkan rumah di seluruh negara dalam usaha membantu golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) yang bekerja di Lembah Klang tetapi berminat untuk membeli kediaman di negeri lain.
"Sehubungan itu, kami menggesa orang ramai untuk mengambil peluang ini dengan mengunjungi ekspo yang turut berperanan sebagai pusat sehenti. Ini kerana wakil agensi kerajaan dan lainnya termasuk institusi perbankan, akan turut hadir bagi membantu mereka yang berminat membeli rumah tersebut," katanya pada sidang media bersempena penganjuran ekspo 9 hari itu.
Mengulas selanjutnya, Abdul Mutalib berkata PR1MA akan menawarkan sebanyak 267,640 unit rumah manakala selebihnya ditawarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Syarikat Perumahan Negara Bhd; Rumah Wilayah Persekutuan dan Projek Perumahan 1Malaysia untuk penjawat awam.
Beliau berkata, 60 peratus daripada unit kediaman yang ditawarkan pada ekspo itu bernilai RM300,000 seunit dan ke bawah manakala bakinya bernilai sehingga RM400,000.
Selain itu, para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah termasuk dua unit rumah PR1MA masing-masing di Cheras dan Kajang, sebuah kereta Myvi, baucar pelancongan dan produk gaya hidup lainnya.
Maklumat lanjut ekspo itu www.pr1ma.my selain di laman Facebook dan Instagram @ PR1MAHomes.
PR1MA yang dibentuk di bawah Akta PR1MA 2012, bertujuan merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana dengan pendapatan isi rumah antara RM2,500-RM15,000 sebulan.- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G5Cn2V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment