Hi! Welcome Back and Stay Tune! MH370: Dr. Mahathir nampaknya masih tidak puas hati laporan pencarian dan cara kehilangannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MH370: Dr. Mahathir nampaknya masih tidak puas hati laporan pencarian dan cara kehilangannya

Dr Mahathir bangkitkan semula teori misteri MH370
TMI · Diterbitkan pada 23 Mar 2018 12:56PM
Pesawat MH370 hilang dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 2014 dan mencetuskan operasi mencari dan menyelamat penerbangan terbesar dan termahal pernah dilakukan dalam sejarah dunia. – Gambar AFP, 23 Mac, 2018

PEMIMPIN veteran Malaysia Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata pesawat MH370 diambil alih secara kawalan jarak jauh dalam usaha untuk menggagalkan rampasan, menimbulkan semula teori konspirasi yang pelbagai tentang kehilangan pesawat itu.

Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal, kebanyakan dari China ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tiada petanda ditemui dalam misi pencarian besar-besaran Boeing 777 itu di barat Lautan Hindi yang diketuai Australia itu, terbesar dalam sejarah penerbangan, sehinggalah operasi itu ditangguhkan awal tahun lalu.

Hanya tiga bahagian disahkan sebagai sebahagian daripada MH370 ditemui, dengan semuanya di pantai Lautan Hindi, termasuk flaperon – bahagian sayap pesawat berukuran dua meter.

Dr Mahathir, 92, yang kini mengetuai pembangkang dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri Najib Razak yang terpalit pelbagai skandal, menjelang pilihan raya umum akan datang, berkata beliau tidak percaya Kuala Lumpur terlibat dalam mana-mana usaha menutup kejadian itu.

Tetapi beliau memberitahu akhbar The Australian dalam satu temu bual bahawa mungkin pesawat itu diambil secara jarak jauh.

“Pada 2006 dilaporkan bahawa Boeing diberi lesen untuk mengoperasi pengambilalihan pesawat yang dirampas ketika ia sedang terbang.

“Jadi saya fikir sama ada itu yang berlaku, atau tidak. Pelik bila pesawat itu tidak meninggalkan jejak langsung.

“Anda tahu sekarang orang boleh bawa kapal terbang tanpa juruterbang. Pesawat pejuang pun akan tidak perlukan juruterbang. Sesetengah teknologi kita boleh baca di media, tetapi banyak kepentingan ketenteraan tidak disiarkan,” katanya yang memerintah Malaysia selama 22 tahun. – AFP, 23 Mac, 2018.

Baca berita selengkapnya di sini.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GjsEJL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.