Hi! Welcome Back and Stay Tune! GST : Jangan Cepat Sangat Percaya Janji Pakatan Harapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GST : Jangan Cepat Sangat Percaya Janji Pakatan Harapan





Selain 1MDB, satu lagi perkara yang menjadi kegemaran pembangkang untuk dijadikan isu ialah cukai barang dan perkhidmatan (GST) hinggakan ada pemimpin pembangkang yang cuba mengeksploitasi kanak-kanak supaya membenci kerajaan demi kepentingan politik mereka.

Ia merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mengajar rentak lagu anti GST kepada murid di sebuah pusat tuisyen di negeri itu, baru-baru ini.

Dengan menyanyikan lagu ABC, tindakan Guan Eng itu telah mencetuskan kecaman ramai kerana ia membawa budaya yang kurang sihat apatah lagi melibatkan kanak-kanak bawah umur untuk kepentingan politik.

Disebabkan itu, beberapa pihak telah membuat laporan polis terhadap Guan Eng. Mereka adalah Penang Front Party (PFP) serta Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia. Tindakan Guan Eng itu juga dikritik oleh pemimpin politik lain.

Namun disebalik kekecohan mengenai lagu anti GST ini, adakah anda merasakan Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan cukai berkenaan jika ia berkuasa?

Memang ia ada dinyatakan oleh mereka namun dalam banyak perkara mereka boleh u-turn terutama pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Maka jangan terkejut kerana akan berlaku semula u-turn nanti.

Malah cadangan pelaksanaan GST ini bermula sejak zaman pemerintahan Mahathir lagi, ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Keadaan ini menunjukkan kerajaan sejak dahulu menyedari kepentingan untuk mengubah sistem percukaian negara, namun hanya pelaksanaan GST mengambil masa sedikit, iaitu pada 2015.

Malah kata Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam, butiran cadangan dan ucapan Menteri Kewangan terdahulu seperti Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diperolehi di laman web rasmi JKDM.

“Sejak 1980-an lagi sudah ada cadangan untuk GST ini dilaksanakan. Waktu itu siapa Perdana Menteri kalau bukan Dr. Mahathir,” katanya.

Jika GST, yang dilaksanakan di 160 negara ini dimansuhkan, ia membawa kesan yang buruk dari segi ekonomi kerana kerajaan akan hilang RM45 bilion. Pemansuhan itu juga akan menjadikan hutang negara semakin meningkat.

Bukan itu sahaja, manisfesto Pakatan Harapan untuk memansuhkan GST sebenarnya tidak jelas. Pakatan Harapan sebaliknya mahu menggantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan ia bermaksud Pakatan masih mengenakan cukai tetapi dengan nama yang berbeza.

SST adalah sesuatu yang dikenakan ke atas pengeluar dan kos itu akan disalurkan kepada pengguna. Jadi di mana janji-janji mahu menurunkan harga barang itu?



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gafhs9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.