Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Negara Paling Luas Di Dunia Yang Tidak Mempunyai Sungai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Negara Paling Luas Di Dunia Yang Tidak Mempunyai Sungai

negara paling besar yang tak ada sungai

Sungai adalah antara salah satu sumber air yang paling penting atas muka bumi. Selain itu, ia juga menjadi sumber makanan dan lokasi beriadah. Namun ramai yang tidak menghargai sungai dengan mencemarkannya tanpa berasa apa-apa. Cuba bayangkan kehidupan kita tanpa kewujudan?

Mungkin kita tak ada peluang untuk mandi sungai, memancing dan sebagainya. Terdapat 17 buah negara atas muka bumi ini yang tidak mempunyai sungai. iluminasi.com ingin berkongsi 10 negara paling besar di dunia yang tidak mempunyai sungai.

5. Bahamas

bahamas negara paling besar yang tak ada sungai

Bahamas, atau Komanwel Bahama adalah satu-satunya negara bukan Arab dalam senarai ini. Ia merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di Kepulauan Lucayan.

Berkeluasan 13,878 kilometer persegi kira-kira sebesar negeri Kelantan, Bahamas tidak mempunyai sungai, namun, keluasan kawasan berair di Bahamas adalah sebanyak 28%.

Sehingga Mac 2018, tiada sungai di negara ini namun disebabkan pecahnya Glass Window Bridge di Eleuthra, Bahamas, ia telah membentuk sebuah sungai baru, yang masih belum diberi nama.

4. Kuwait

kuwait negara paling besar yang tak ada sungai

Terletak di Asia Barat, populasi Kuwait mencecah 4.2 juta penduduk, di mana 1.3 juta daripadanya adalah penduduk tempatan dan 2.9 juta adalah pekerja asing. Berkeluasan 17,818 kilometer persegi iaitu hampir sama dengan saiz negeri Johor, Kuwait adalah negara ke-4 terbesar dunia yang tidak mempunyai sungai tetap.

Namun, seperti negara-negara Arab lain, ia mempunyai beberapa buah wadi dan wadi yang paling terkenal adalah Wadi Al-Batin yang membentuk sempadan antara Kuwait dan Iraq.

loji penyahgaraman oman negara paling besar yang tak ada sungai

Sumber air tawar utama Kuwait untuk keperluan minuman dan domestik bergantung kepada proses penyahgaraman air. Ketika ini terdapat lebih daripada 6 loji penyahgaraman di Kuwait. Malah, Kuwait merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan penyahgaraman bagi membekalkan air untuk penggunaan domestik berskala besar.

3. Emiriah Arab Bersatu

emiriah arab bersatu negara paling besar yang tak ada sungai

Arab Emiriah Bersatu merupakan jiran kepada Oman di sebelah timur dan Arab Saudi pula di sebelah selatan. Negara ke-3 terbesar di dunia tanpa sungai ini mempunyai keluasan 83,600 kilometer persegi.

Sumber air yang digunakan oleh negara ini diambil melalui selatan dan barat Abu Dhabi yang merangkumi dua oasis dengan air bawah tanah yang mencukupi untuk pertanian dan kegunaan penempatan kekal. 

Juga terdapat sebuah tasik iaitu Tasik Zakher yang merupakan tasik buatan manusia berdekatan sempadan Oman.

2. Oman

oman negara paling besar yang tak ada sungai

Oman adalah adalah sebuah negara Arab di pantai tenggara Semenanjung Arab di Asia Barat . Dengan jumlah keluasan 309,500 kilometer persegi, Oman merupakan negara kedua terbesar di dunia yang tidak mempunyai sungai. Dan disebabkan ketiadaan sungai, kemarau dan hujan yang sangat terhad menyumbangkan kepada kekurangan bekalan air nasional. 

Antara salah satu masalah alam sekitar yang menekan kerajaan Oman adalah untuk mengekalkan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan pertanian dan domestik.

Sumber air diperbaharui adalah sangat terhad. 94% air digunakan dalam pertanian dan 2% untuk aktiviti perindustrian.

Majoriti daripada air ini diperoleh daripada air fosil di kawasan padang pasir dan mata air di bukit dan gunung. Air minuman boleh didapati di seluruh Oman, sama ada melalui paip atau dihantar.

1. Arab Saudi

arab saudi negara paling besar yang tak ada sungai

Dengan berkeluasan 2.149 juta kilometer persegi, Arab Saudi merupakan negara terbesar di dunia dari segi saiz, yang tidak mempunyai sungai tetap. Geografi Arab Saudi dikuasai oleh Gurun Arab, iaitu separa padang pasir dan separa semak belukar. Ia juga mempunyai beberapa gunung dan dataran yang tinggi.

Ia juga termasuklah beberapa buah padang pasir yang bersambung, iaitu Rub' al Khali yang bermaksud "Suku yang kosong", padang pasir yang berkeluasan 647,500 kilometer persegi di bahagian tenggara ini. Ia diiktiraf sebagai padang pasir paling luas di dunia.

wadi di arab saudi negara paling besar yang tak ada sungai 181

Walaupun tiada sungai, namun terdapat beberapa buah tasik. Juga terdapat sejumlah wadi yang juga merupakan sumber air dan membuatkan kawasan sekitar subur. Hanya 0.7% daripada keluasan Arab Saudi merupakan kawasan berair.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HcPdQO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.