8 Petanda Awal Untuk Mengenali Bayi Yang Mempunyai Simptom Autism
Autism ialah berlakunya gangguan tumbusaran seseorang dalam jangka masa panjang yang akan memberi kesan terhadap pemikiran kanak-kanak serta proses informasi. Autism berlaku kepada golongan kanak-kanak iaitu 1:1000 dan autism ini 4 kali ganda lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak lelaki. Gejala seperti ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berusia 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Disini terdapat satu perkongsian yang sangat penting dari Nur Deanna berkenaan dengan cara untuk mengenali ciri-ciri awal bayi autism.
8 Ciri awal bayi Autism
Jika anda semua perasan, kebanyakkan kanak-kanak penghidap autism agak lambat didiagnosis. Untuk pengetahuan ibu bapa, sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh diperhatikan sebagai penelitian awal sebelum berjumpa dengan doktor pakar. Simptom kanak-kanak autism boleh dilihat sejak bayi berusia seawal 5 atau 6 bulan lagi dan simptom itu adalah tidak sama.
Di bawah adalah 8 ciri awal yang biasa ditemui. Untuk pengetahuan para ibu bapa, ciri ini dapat dikesan bukan kerana bayi dan kanak-kanak itu bersikap 'pelik' , tetapi perangai seperti mereka tidak biasa dilakukan oleh kanak-kanak biasa.
Ciri 1 : Perkembangan Motor Lambat
Ciri perkembangan motor yang lambat :
• Bayi usia 6 bulan - tidak boleh tersenyum dan gembira.
• Bayi usia 9 bulan - tidak mengeluarkan bunyi dan mimik muka.
• Bayi usia 12 bulan - tidak mahu bercakap ataupun membalas lambaian orang.
Ciri 2 : Mahu Perhatian Berlebihan
Cuba anda lihat anak anda. Selesa tak dengan orang lain? Ataupun mereka hanya mahukan perhatian anda?
Jika jawapannya adalah ya, sebenarnya mereka tidak selesa dengan perhubungan bersama individu lain. Mereka tidak suka dengan persekitaran luar dari lingkungan mereka.
Ya. Memang biasa jika bayi tidak suka kepada orang lain. Namun, sila ambil perhatian jika apabila anak semakin besar, perangai mereka tetap begitu. Penghidap autism tidak suka berkawan.
Ciri 3 : Kurang Bergerak
Bayi autism tidak suka membuat pergerakan seperti menggunakan motor kasar (gross motor) iaitu menunjuk.
Cuba anda lihat bayi anda yang berusia 8 hingga 10 bulan, sepatutnya perkembangan motor kasar sudah terbina. Bayi dalam lingkungan usia ini sudah sepatutnya mampu mencapai benda dan menggenggam.
Jika belum, tolong ambil kisah!
Ciri 4 : Mengulang Perbuatan
Kebiasaannya, anak autism suka mengulang perbuatan. Mereka kerap menepuk tangan, memusing peralatan kecil seperti botol ataupun permainan, meniru perkataan dan menyebutnya berulang-ulang.
Ciri 5 : Tanpa Baby Talk
Tahu tak apa itu "baby talk"? Baby talk itu adalah perkataan yang bayi selalu sebut atau bebelkan dengan bahasa mereka.
Orang dewasa tidak akan faham. Contohnya, eahh, afgh, emmf dan sebagainya tanpa maksud. Bayi biasa pada usia 12 bulan selalu melakukan ini.
Bayi autism tidak melakukan perkara ini dan mereka tidak dapat meluahkan kehendak dan memahami maksud.
Ciri 6 : Tidak Respon Ketika Dipanggil
Bayi autism/autistik sukar membina hubungan sosial dengan orang lain.
Ibu bapa cuba lihat bayi anda pada usia 5 hingga 12 bulan. Jika mereka tidak ada respon ketika dipanggil, sila ambil kisah. Itu adalah ciri bayi autism. Mereka tidak suka dicium, disentuh dan akan rimas.
Ciri 7 : Tiada Eye Contact
Anda harus 'take note' ciri ini!
Pernah tak uji eye contact bayi anda?
Bagaimana menguji eye contact dengan bayi anda? Anda gunakan satu objek dan lalukan di hadapan mata, pastikan mata mereka mengikut gerakan objek yang digerakkan.
Eye contact adalah ciri penting dan mudah mengesan melaluinya.
Ciri 8 : Kurang Senyum
Biasanya usia bayi 6 bulan dan ke atas akan mula tersenyum kepada orang lain disekelilingnya.
Tetapi, sila ambil berat jika bayi anda tidak mahu tersenyum dan sukar memberi ekspresi wajah.
Perhatian
Jika bayi anda agak cenderung kepada 8 ciri yang saya sebutkan tadi, segera dapatkan pandangan doktor pakar. Jangan merasa rendah diri atau malu. Ini kerana kanak-kanak autism bukan orang kurang upaya. Cuma, perkembangan atau cara membesarkan anak anda perlu sedikit berbeza
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H8w7ep
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment