Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elyana Kongsi Kisah Seram Tak Jumpa KLCC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elyana Kongsi Kisah Seram Tak Jumpa KLCC

elyana kongsi kisah seram tak nampak klcc 1

Kredit foto: Instagram Elyana

Tidak dinafikan, filem Dukun yang memasuki pawagam mulai hari ini, 5 April mempunyai pelbagai versi kisah pelik dan misteri yang dikongsikan kepada orang ramai.

Tidak terkecuali, salah seorang pelakonnya yang memegang watak Nadia Karim iaitu penyanyi Elyana bercerita kejadian yang berlaku kepadanya sewaktu dalam perjalanan menghadiri majlis pratonton filem keduanya itu.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia dan suaminya mengalami peristiwa aneh apabila tersesat selama 20 minit sewaktu cuba mencari bangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menggunakan bantuan aplikasi waze dan papan tanda.

Bercerita lanjut, Elyana memberitahu dia berasa pelik kerana aplikasi Waze yang sering digunakannya itu tiba-tiba gagal berfungsi dengan baik, malah membawa mereka ke tempat yang salah.

“Tak tahulah kenapa hari ini tak semena-mena saya boleh sesat nak ke KLCC. Mungkin sebab saya nervous sangat nak tonton filem ni, atau memang ada sebab lain saya tak dapat pastikan.

“Tapi saya memang pelik sangat kenapa saya dan suami boleh tak jumpa KLCC hari ini, walaupun nampak papan tanda KLCC, malah saya juga gunakan waze untuk memudahkan perjalanan.

“Peliknya waze hantar ke taman belakang sebuah hotel yang saya tak dapat pastikan lokasinya. Hampir 20 minit bayang bangunan KLCC langsung tak nampak, sampai suami saya pun dah bising-bising,” dedahnya kepada wartawan Sinar Harian.

Namun, Elyana enggan menjawab dengan lebih lanjut apabila ditanya adakah peristiwa itu mempunyai kaitan perkara mistik khususnya filem seram, Dukun yang dijayakannya.

elyana kongsi kisah seram tak nampak klcc 2

Kredit foto: Instagram Elyana

“Entahlah, susah nak cakap kerana saya sendiri tak pasti kejadian tersebut berlaku sebab saya mengantuk, panik atau ada sebab lain yang menyebabkan ia berlaku.

“Namun disebabkan saya sebelum ini pernah mempunyai pengalaman tentang perkara-perkara mistik ini, saya tidak menolak kemungkinan itu,” kata Elyana yang anggun berkebaya merah ketika menjadi tetamu majlis berkenaan.

Filem Dukun mengisahkan seorang wanita bernama Diana Dahlan yang juga merupakan pengamal ilmu hitam, terlibat dalam sebuah kes pembunuhan yang kejam.

Antara lain dibarisi barisan pelakon handalan seperti Datin Umie Aida, Faizal Hussien, Nam Ron, Hasnul Rahmat, Chew Kin Wah dan Adlin Aman Ramli.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GQ324d

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.