Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumlah Kutipan Mengejutkan Filem Dukun Selepas 4 Hari Tayangan! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumlah Kutipan Mengejutkan Filem Dukun Selepas 4 Hari Tayangan!

jumlah kutipan mengejutkan filem dukun selepas 4 hari tayangan 1 345

Kredit foto: maskulin.com.my

Selepas empat hari tayangan di Malaysia dan Brunei, filem sensasi, Dukun berjaya mengumpul kutipan tiket lebih RM6.2 juta!

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, filem itu mencatat sejarah tersendiri kerana pemamer atau pemilik pawagam menayangkannya 34 kali sehari atas respon baik yang diterima daripada penonton.

jumlah kutipan mengejutkan filem dukun selepas 4 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

"Setakat ini, Dukun mencipta sejarah peribadi buat Astro Shaw baik daripada segi kutipan hari pertama dan keempat hinggalah ditayang lebih 30 kali sehari oleh pemamer.

"Malah, filem ini menduduki tangga pertama carta pawagam mengatasi filem antarabangsa.

"Terima kasih atas sokongan 'kaki wayang' yang 'turun' ke pawagam. Tidak terkecuali artis yang tanpa berbelah bagi berkongsi pengalaman mereka menonton filem ini menerusi laman sosial," katanya memetik laporan BH Online.

Dukun mendapat sokongan penuh rakan selebriti, antaranya Nabila Huda, Azhan Rani dan Fathia Latiff.

Malah, video seram perempuan berkebaya merah yang dibuat untuk publisiti filem arahan Dain Said itu, disebarkan seminggu sebelum tayangan filem ini di pawagam, sehingga kini meraih lebih 30 juta tontonan.

Mengulas sambutan hebat yang diterima, Najwa berkata, pihaknya teruja dengan inisiatif yang diberikan pelbagai pihak, justeru menyeru kesemua netizen yang masih belum menyaksikan filem ini di panggung supaya segera hadir ke pawagam berdekatan.

Dukun yang diinspirasikan daripada kisah benar, akhirnya ditayangkan kepada penonton selepas 12 tahun terperap, bermula 5 April lalu di 133 pawagam di seluruh negara termasuk Brunei,

Berkisar tentang ahli politik, Datuk Jefri, lakonan Adlin Aman Ramlie yang mendapatkan bantuan Diana (Datin Seri Umie Aida) untuk menjadikan dirinya kebal, selain ingin meraih masa depan yang cerah dalam bidang politik.

Antara lain dilakonkan nama-nama hebat seperti Namron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Elyana dan Faizal Hussein.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IGJqjk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.