Ini Penjelasan Mengenai "Efek Magnus" Yang Menjadi Punca Bola Lencong
Selain daripada kekacakan dan kehenseman David Beckham, bekas bintang antarabangsa England ini juga sangat terkenal dengan sepakan lencongannya yang mampu memperdayakan mana-mana penjaga gol di dunia.
Mulanya, beliau akan menjarakkan dirinya daripada kedudukan bola, kemudian selepas wisel ditiupkan, Beckham akan berlari anak ke arah boleh dan merembat bola dengan berhati-hati dengan kaki kanannya.
Boleh melambung ke arah gawang gol, pada awalnya ke arah yang dirembat namun secara perlahan-lahan berubah arah dan melencong. Lintasan curvilinear yang berlaku memperdaya penjaga gol memberikan jaringan kepada David Beckham.
Namun, fenomena yang paling popular adalah penipuan sepakan percuma oleh pemain Brazil, Roberto Carlos yang diiktiraf sebagai gol mustahil ketika menentang Perancis pada kempen Piala Dunia 1994.
Satu lagi "gol mustahil" dijaringkan oleh Roberto Carlos ketika menentang Tenerife. Dan sudah tentunya gol yang paling membuktikan efek Magnus ini berlaku ketika pemain Malaysia, Faiz Subri meledak gol yang menganugerahkannya Anugerah Puskas FIFA 2016.
Fenomena ini walaubagaimanapun tidak hanya terhad kepada bola sepak sahaja. Ia juga boleh berlaku dalam sukan-sukan lain termasuklah ragbi, tenis, ping pong, bola keranjang, besbol dan mana-mana sukan yang melibatkan bola.
Pergerakan menakjubkan ini boleh diperjelaskan oleh satu efek , iaitu efek Magnus.
Apa itu Efek Magnus?
Ahli fizik Jerman, Heinrich Gustav Magnus merupakan orang pertama yang terlibat dalam penyiasatan terhadap fenomena fizik ini, dan oleh sebab itu nama efek ini bersempena nama beliau. Namun, Sir Isaaac Newton merupakan orang yang mula-mula menemui dan menyimpulkan sebab berlakunya efek ini.
Ketika sedang menonton perlawanan tenis di Cambridge, Isaac Newton memerhatikan bagaimana pukulan top-spin membuatkan bola jatuh lebih cepat daripada yang sepatutnya. Sebaliknya, memukul bola dengan cara back-spin membuatkan bola melambung dan seolah-olah terapung dalam jarak dekat.
Bagaimana ia berlaku?
Untuk memahami mengapa ia boleh berlaku, kita lihat kepada diagram di bawah.
Gambarajah mewakili bola yang dirembat atau dibaling dengan cara yang mendorongnya ke hadapan, dan dalam masa yang sama berputar mengikut arah jam. Corak anak panah mewakili daya seretan yang dikenakan oleh angin yang mendatang.
Kekuatan daya seretan ini adalah rintangan yang dibawa oleh angin, iaitu rintangan yang sama anda rasakan ketika berlumba basikal atau ketika tapak tangan anda menghadap angin ketika meletakkan tangan anda di luar tingkap kereta yang bergerak lagu.
Kemudian, sekumpulan anak panah (garis bawah bola) bergerak dalam arah yang sama dengan arah bola itu berputar, manakala bahagian bola yang satu lagi (bahagian atas bola) berputar bertentangan dengan arah angin, menyebabkan berlakunya pertembungan dengan daya seretan.
Garisan bawah bola yang bergerak tanpa halangan menghasilkan kawasan bertekanan rendah, manakala pergolakan di bahagian atas bola mewujudkan kawasan bertekanan tinggi.
Perbezaan tekanan ini menolak bola ke arah putaran, atau lebih formal, ke arah perbezaan tekanaan dari tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Proses ini secara perlahan-lahan melencongkan bola.
Lencongan bola secara perlahan-lahan ini dipengaruhi oleh satu daya. Daya ini digambarkaan oleh anak panah berserenjang dengan paksi putaran, ke arah perbezaan tekanan. Daya ini dikenali sebagai Daya Magnus.
Daya Magnus adalah hasil daripada hukum gerakan ketiga Newton, iaitu untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.
Dalam kata mudah, bola itu menolak udara dalam satu arah, dan hasilnya, udara pula menolak bola ke arah lain. Efek Magnus diaplikasikan pada bola besbol, bola tenis, bola kriket dan lebih-lebih lagi pada bola ping pong.
Efek ini semakin bertambah dan menjadi lebih jelas dilihat dengan mata kasar apabila diaplikasikan terhadap bola pingpong disebabkan oleh saiz bola yang kecil dan kepadatan bola yang rendah.
Rujukan:
1. Britannica
2. Science
3. Human Kinetics
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IGK68w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment