Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Tempat Paling Pelik Di Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Tempat Paling Pelik Di Korea Utara

kim jong un pink

Korea Utara boleh dianggap sebagai negara paling terpencil dan terasing di dunia disebabkan polisi oleh diktator negara ini yang agak ketat. Dan disebabkan ini, banyak aspek negara ini membuatkan orang luar sangat hairan dan berasa pelik.

Selain daripada undang-undang yang aneh dan tak masuk akal, Korea Utara juga mempunyai beberapa tempat yang sangat asing bagi orang luar. iluminasi.com ingin kongsikan 5 tempat paling pelik dan aneh di Korea Utara.

1. Samtaeseong

samtaeseong 5 tempat pelik di korea utara

Di Korea Utara, sebarang pengaruh yang dianggap sebagai "Imperialistik Amerika Syarikat" telah diharamkan dibawah pimpinan Kim Jong-il. Namun terdapat tanda-tanda berlakunya sedikit kelonggaran terhadap pengharaman itu beberapa tahun kebelakangan ini. 

Antaranya termasuklah pembukaan kedai burger pertama di Pyongyang, diberi nama "Samtaeseong". Restoran ini mula dibuka pada tahun 2009 dan menawarkan sajian seperti hamburger, wafel dan bir.

samtaeseong 5 tempat pelik di korea utara 2

samtaeseong 5 tempat pelik di korea utara 3

Untuk tidak mahu langsung ada kena mengena dengan AS, burger di Korea Utara dipanggil sebagai "sandwic daging cincang". Dan ketika Kim Jong-il mengumumkan bahawa dia akan membina kilang membuat hamburger, dia memberikan nama kepada burger sebagai "2 keping roti bersama daging".

Sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada "sandwic daging cincang". Harga bagi satu hidangan sandwic tidaklah terlalu mahal iaitu RM6.60 ($1.70), tetapi jika anda tinggal dan bekerja di Korea Utara, adalah agak mustahil bagi anda untuk memakan hidangan semahal ini kerana harganya adalah dua kali gaji harian anda. 

Samtaeseong terbukti menjadi lokasi popular bagi orang tempatan dan pelancong namun burger di restoran ini dikatakan tidak begitu sedap. Mungkin disebabkan resepi pun mereka tak mahu tiru AS kan? Atau tak biasa makan burger kerana hari-hari makan kimchi?

2. Hotel Ryugyong

hotel ryugyong 5 tempat pelik di korea utara 2

Ryugyong adalah sebuah bangunan hotel dengan jumlah tingkat sebanyak 108 yang terletak di Pyongyang, dan kerap dianggap sebagai bangunan paling hodoh di dunia. Ia juga dikenali sebagai Piramid Pyongyang disebabkan bentuknya yang pelik.

Pembinaannya bermula pada tahun 1987 dan dihentikan pada tahun 1993. Dikatakan ia tak akan disiapkan selama-lamanya sebagai sebuah hotel yang mampu beroperasi, walaupun terdapat khabar angin mengatakan terdapat minat dari pihak luar untuk menyiapkan projek hotel ini.

hotel ryugyong 5 tempat pelik di korea utara

hotel ryugyong 5 tempat pelik di korea utara 4

Hotel ini terdiri daripada 3,000 buah bilik dan 5 buah restoran berputar, itu yang dirancangkan. Disebabkan saiznya yang sangat besar dengan ketinggian 329 meter, amat sukar untuk mengabaikannya sebagai antara menara pencakar langit tertinggi di dunia.

Lebih menarik, mereka yang tinggal di bandar itu menafikan bahawa hotel ini wujud. Pelancong yang berkunjung ke bandar itu dengan menaiki teksi mendapati ia adalah mustahil untuk menggunakan hotel ini sebagai mercu tanda kerana tiada sesiapa pun yang mengakui bangunan itu wujud. 

hotel ryugyong 5 tempat pelik di korea utara 4 881

Ketika Kesatuan Soviet musnah pada tahun 1992, bantuan kewangan Korea Utara juga terkesan menyebabkan projek itu dihentikan. Tetapi jika difikirkan kembali, walaupun ia berjaya disiapkan, siapa yang akan tinggal di situ?

Walaupun dengan mengabaikan penduduk Korea Utara yang bergaji rendah, memang taak ada industri pelancongan di Pyongyang. Projek ini dilihatkan sebagai satu kerja sia-sia.

3. Gerbang Penyatuan Semula

gerbang penyatuan semula korea 5 tempat pelik di korea utara 2

Didirikan pada tahun 2001, Arch of Reunification atau Arca Peyatuan Semula ini adalah untuk memperingati cadangan Kim Il-Sung tentang idea penyatuan semula Korea Utara dan Korea Selatan. Gerbang ini terletak di Lebuhraya Unifikasi yang menghubungkan Korea Utara dengan Zon Bebes Tentera (DMZ).

Ia menampilkan 2 wanita Korea berpakaian tradisional memegang sebuah sfera dengan peta Korea Bersatu di atasnya. Ia dianggap sebagai satu simbol paling bertimbang rasa oleh diktator Korea Utara. Namun, gerbang ini sangat pelik disebabkan 2 faktor.

gerbang penyatuan semula korea 5 tempat pelik di korea utara

Pertama, lebuhraya di mana terletaknya gerbang ini tersangat jarang digunakan. Pelancong bandar ini kerap menyuarakan betapa luasnya lebuhraya tersebut tetapi trafik yang sangat renah. Disebabkan kekangan kewangan, penduduk biasa hanya menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan. Namun jalan-jalan sangat lengang sehinggakan pemandu pelancong memasuki lorong bertentangan untuk mengelak jalan berlubang.

Orang luar masih mengganggap gerbang ini mempunyai dua tujuan. Menurut beberapa laporan dan dokumentari, gerbang ini dibina dengan bahan letupan di dalamnya. Jadi, jika berlakunya pencerobohan, gerbang ini boleh diletupkan yang akan mewujudkan "road block" bagi askar dan artileri.

Namun ia mungkin hanya satu teori orang barat terhadap Korea Utara. Kita tak akan pernah tahu, tetapi ia tetap membuatkan gerbang ini menjadi sangat mencurigakan.

4. Kijong-Dong

kijong dong 5 tempat pelik di korea utara 2

Apa akan berlaku jika anda menjadikan Hotel Ryugyong sebagai sebuah kampung. Haslinya adalah Kijong-dong. Kijong-dong atau dikenali sebagai Kampung Propaganda dibina pada tahun 1950an dan terletak di penghujung Korea Utara berhampiran Zon Bebas Tentera.

Jumlah populasi di kampung ini adalah seramai 200 orang, itu pun jika anda percaya apa yang dinyatakan oleh kerajaan Korea Utara. Namun realitinya, dilaporkan tiada seorang pun rakyat Korea Utara yang tinggal di sini, ia merupakan perkampungan tanpa penghuni.

kijong dong 5 tempat pelik di korea utara 3

kijong dong 5 tempat pelik di korea utara

Kampung ini dibina dan direka untuk mempamerkan kebaikan gaya hidup Korea Utara kepada kampung-kampung di Korea Utara, yang membawa kepada pembelotan rakyat Korea Selatan. Bangunan kongkrit di kampung ini dicat dengan warna yang terang, kelihatan lebih mewah daripada mana-mana kampung yang lain di serata negara ini.

Setiap bangunan mempunyai pendawaian untuk elektrik dan lampu-lampu beroperasi secara automatik. Krew-krew yang ditugaskan akan datang pada waktu malam untuk memastikan bangunan-bangunan berada dalam keadaan baik dan berpura-pura seolah-olah kampung ini berpenghuni.

kijong dong 5 tempat pelik di korea utaraa 4

Namun, sesiapa sahaja yang mempunyai teropong mampu melihat bahawa bangunan-bangunan di kampung ini adalah kosong, malah terdapat bangunan yang tidak mempunyai lantai, siling dan juga tingkap kaca. Agak sukar untuk membayangkan jika ada yang terpedaya dengan taktik ini hampir 60 tahun. 

Lebih menarik, kampung ini masih dikekalkan dan dijaga hingga kini.

5. Kwangmyong

kafe siber kwangmyong 5 tempat pelik di korea utara

Mengawal kebolehdapatan maklumat adalah kunci bagi peraturan dan undang-undang negara komunis, dan ia tidak terkecuali di Korea Utara. Segala laman sesawang dikawal oleh kerajaan sepertimana negara ini terpencil, begitulah terpencilnya maklumat bagi rakyat Korea Utara. Dan bagi kebanyakan rakyat, satu-satunyaa cara untuk mengakses internet adalah melalu kafes iber.

Kwangmyong, servis intranet Korea Utara tida menawarkan sambungan ke dunia luar. Sebaliknya, permintaan terhadap kandungan web boleh dibuat. Dan jika diterima, Kwangmyong akan memuat turun, meapis dan memuat naik semula kandungan. Namun, tak semua orang boleh mengakses Kwangmyong. 

kafe siber kwangmyong 5 tempat pelik di korea utara 3

90% daripada rakyat Korea Utara tidak begitu mengetahui mengenai internet. Walaupun Pyonyang adalah ibu negara, namun ia hanya mempunyai beberapa kafe siber. Sehingga tahun 2007, Kwangmyong hanya membenarkan akses kepada 30 halaman sahaja. Hotel di bandar ini menawarkan perkhidmatan e-mel, namun pengguna tidak dibenarkan untuk menaip mesej secara terus.

Sebaliknya, mereka harus menulisnya di atas kertas dan memberikan kepada kakitangan hotel. Ramai di antara pelancong menyedari bahawa mesej mereka tidak pernah diterima, atau mungkin sebenarnya ia tidak pernah dihantar.

kafe siber kwangmyong 5 tempat pelik di korea utara 2 252

Korea Utara tidak boleh menjadi hos kepada laman sesawang mereka sendiri, oleh itu mereka bergantung kepada server China, Jepun, Jerman dan juga Amerika Syarikat. Namun, kakitangan elit kerajaan seperti Biro 121 mempunyai akses internet tanpa had dan tanpa tapisan melalui sambungan satelit dengan Jerman.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H7FuLz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.