Cara Hilangkan Jerawat Batu Pada Wajah
Ramai hilang keyakinan diri apabila luka berjerawat menganggu penampilan diri, apatah lagi apabila jerawat tersebut adalah jerawat batu. Pelbagai produk penjagaan kulit wajah digunakan namun masih belum berkesan.
Usah risau, berikut aliffchannel.com kongsikan caran menghilangkan jerawat batu dengan secara semulajadi berikut ini.
Cara Hilangkan Jerawat Batu Dengan Bahan Semulajadi
Kentang
Ubi kentang ini sangat mudah dicari di pasaran tani dan pasaraya. Kentang juga sering dihidangkan sebagai makanan lazat yang sebenarnya boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat batu pada hidung anda secara semulajadi. Kentang yang kaya mineral ini akan menjadi berkesan bagi merawat kulit wajah anda yang mempunyai masalah jerawat batu yang menganggu penampilan diri. Kentang ini boleh digunakan sebagai topeng muka anda.
Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu mengupas kentang dan anda boleh membuatnya sebagai topeng muka dengan melekat pada wajah yang mempunyai jerawat batu. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Rasa sejuk dari kentang ini akan membuat kawasan hidung anda penuh dengan jerawat ini akan rasa sejuk dan akan pulih lebih cepat.
Campuran kunyit, limau dan madu
Kunyit, limau nipis dan madu adalah kombinasi yang sempurna untuk mengatasi jerawat di hidung. Kandungan curcumin yang terdapat dalam kunyit, vitamin C dalam lemon dan juga madu sangat baik untuk mendapatkan semula kulit sihat jika dijadikan sebagai topeng muka yang sangat berkesan untuk mengatasi jerawat di hidung.
Anda boleh haluskan kunyit kemudian campurkan limau nipis dan sedikit madu untuk dijadikan topeng muka. Anda boleh menggunakan topeng muka ini dengan kerap supaya bebas dari jerawat batu.
Masker Putih Telur
Walaupun berbau tidak enak, topeng putih telur adalah penyelesaian yang harus anda cuba. Telur putih mengandungi enzim lusozyme yang dapat membantu menghancurkan dinding sel bakteria jerawat.
Lidah Buaya
Aloe vera umumnya diketahui sangat baik untuk kesihatan rambut, tetapi adakah anda tahu bahawa kandungan antioksidan, mineral, vitamin C dan E juga sangat baik untuk jerawat?
Cara menggunakannya juga sangat mudah, haluskan lidah buaya dan gunakan sebagai topeng muka.
Sumber: blog.manjadda.com
The post Cara Hilangkan Jerawat Batu Pada Wajah appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GHAIVO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment