Rupanya Peserta Mentor Otai, Alina Hassan Tiada Tempat Tinggal
Kredit foto: Instagram Alina Mentor Otai
Peserta Mentor Otai, Alina Hassan berdepan dugaan getir apabila diarahkan keluar daripada rumah sewanya.
Bekas juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 ini akui tidak mempunyai tempat tinggal dan terpaksa menginap di hotel yang disediakan pihak produksi Mentor Otai buat sementara waktu.
“Saya dimaklumkan tuan rumah sejak Disember tahun lalu lagi. Namun, saya minta ihsan untuk terus tinggal di situ kerana terbabit dalam program ini.
"Namun, minggu lalu saya sekali lagi diarahkan keluar. Saya tidak tahu nak buat apa lagi. Saya buntu tambahan pula saya masih dalam pertandingan.
“Nak sewa rumah baru saya tidak ada duit nak bayar wang pendahuluan. Sementara permohohan untuk dapatkan rumah DBKL melalui Seniman masih belum diluluskan. Saya kini tenggelam punca. Tidak tahu kepada siapa saya perlu mengadu dan mohon bantuan,” katanya kepada portal Harian Metro.
Alina yang juga finalis Kilauan Emas (2013) mengaku kini terpaksa mengharapkan ganjaran daripada pertandingan realiti itu untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Dedahnya, pendapatan yang diperoleh dalam pekerjaan terdahulu sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci adakalanya membuatkan dirinya terpaksa menahan lapar dek kerana menanggung hidup bersendirian di ibu kota.
Kredit foto: Instagram Alina Mentor Otai
“Saya tidak kisah kalau dapat tempat kedua atau ketiga sekali pun, asalkan dapat duit. Sekurang-kurangnya saya boleh gunakan untuk menyewa rumah.
“Selepas berpisah dengan suami, saya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur. Saya menyara hidup dengan menjadi pengawal keselamatan selama setahun dan kemudian jadi tukang cuci selama empat tahun.
“Pendapatan saya perolehi sikit dan terpaksa ikat perut. Ada masa saya berpuasa, bila ada duit baru dapat makan,” katanya yang pernah menempa kegemilangan sebagai penyanyi profesional menerusi dua buah album studio.
Alina yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli Seniman, berharap permohonan mendapatkan rumah bantuan DBKL melalui persatuan itu akan diluluskan dengan kadar segera, selepas beberapa kali ditolak sebelum ini.
“Saya tiga kali buat permohonan. Kali pertama pada 2012 yang mana terus kepada pihak terbabit. Bagi permohonan kedua (2016) dan ketiga (2017), saya minta bantuan Seniman pula sebab saya difahamkan mereka ada kuota untuk ahli.
“Jadi, saya berharap Seniman dapat bantu saya. Selepas habis Mentor Otai, saya tidak tahu nak tinggal di mana lagi,” katanya.
Kini Alina masih berentap dalam Mentor Otai sebagai protege kepada penyanyi Siti Sarah.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GPiJbO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment