Hi! Welcome Back and Stay Tune! 87 Juta Maklumat FB Bocor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

87 Juta Maklumat FB Bocor




Firma Facebook Inc, semalam berkata maklumat peribadi 87 juta pengguna, kebanyakannya di Amerika Syarikat, dikongsi secara tidak wajar oleh syarikat perunding politik, Cambridge Analytica, lebih banyak daripada anggaran media sebelum ini iaitu lebih 50 juta. 

Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata dalam perbualan telefon dengan wartawan bahawa Facebook tidak melihat ‘sebarang impak bermakna’ kepada penggunaan atau penjualan iklan sejak skandal itu. Bagaimanapun, beliau mengaku ‘adalah sesuatu yang tidak baik’ jika pengguna tidak gembira dengan syarikat itu.

Zuckerberg memberitahu wartawan, beliau bertanggungjawab di atas kebocoran data itu, yang menaikkan kemarahan pengguna, pengiklan dan ahli perundangan, tetapi turut berkata beliau masih tokoh yang layak menerajui syarikat yang diasaskannya itu.

“Apabila anda membina sesuatu seperti Facebook yang pertama di dunia, pasti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku,” katanya, menambah apa yang penting adalah belajar daripada kesilapan.

Katanya, tidak wujud sebarang perbincangan dalam lembaga Facebook mengenai pengunduran beliau, walaupun pengarah berhadapan cabaran jika mahu menyingkirkan Zuckerberg kerana pemegang saham yang mengawal pengurusan syarikat. Zuckerberg berkata, beliau tidak memecat sesiapa berhubung skandal itu dan tidak bercadang berbuat demikian.

“Saya tidak mahu memecat sesiapa kerana kesilapan yang kami lakukan,” katanya. Facebook, pertama kali mengaku bulan lalu bahawa maklumat peribadi jutaan pengguna diperoleh Cambridge Analytica secara salah. Zuckerberg akan memberi keterangan mengenai perkara itu kepada Jawatankuasa Dewan Kuasa dan Perdagangan Amerika Syarikat minggu ini.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GGoFnD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.