Malaysia Raih Emas Pertama Di Bumi Aussie
Atlet angkat berat, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad menyumbang pingat pertama dan emas untuk Malaysia di temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, sebentar tadi.
Atlet berasal dari Pahang berusia 24 tahun itu meraih pingat emas selepas aksi mendebarkan di Carrara Sports and Leisure Centre dalam acara angkat berat lelaki final snatch kategori 56kg.
Azroy Hazal Wafie yang pertama kali beraksi di Sukan Komanwel membuat angkatan seberat 117kg dalam acara snatch sekali gus memecahkan rekod 116kg berusia lapan tahun, milik Amirul Hamizan Ibrahim yang dilakukan pada edisi 2010 di New Delhi, India.
Bagi kategori clean & jerk, Azroy Hazal Wafie membuat angkatan seberat 144kg, seterusnya mengumpul angkatan keseluruhan 261kg untuk melayakkannya meraih emas. Angkatan 261kg itu sekali gus memecahkan rekod kejohanan 260kg yang dilakukan oleh jurulatihnya Amirul Hamizan Ibrahim pada 2002 di Manchester, England.
Pingat diraih perak diraih oleh atlet India, Gururaja dengan angkatan 249kg manakala pingat gangsa pula menjadi milik Chaturanga Lakmal dari Sri Lanka dengan angkatan 248kg.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jm23KR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment