Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kepala pecah dan otak terburai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kepala pecah dan otak terburai

Kepala pecah dan otak terburai|Seorang lelaki ditemui maut dengan kepala pecah dan otak terburai dipercayai terkena besi cerucuk di kawasan projek pembinaan tebing sungai di Meru Raya di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 10 pagi ketika mangsa, Mohd Hanif Azman, 21, beralamat di Mukim Pedu, Kuala Nerang, Kedah, dikatakan sedang bekerja di situ.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, ketika kejadian mangsa berada di lokasi bersama penyelia tapak projek dan pemandu mesin menanam cerucuk.

“Berdasarkan keterangan penyelia projek, tugas mangsa adalah memasukkan cangkuk pada batang cerucuk seberat 350 kilogram dan 20 meter panjang.

“Selepas meletakkan cangkuk, mangsa dipercayai lari menyembunyikan diri di sebelah mesin berkenaan ketika batang cerucuk diangkat naik ke atas menggunakan tali kabel.

“Secara tiba-tiba tali kabel terlepas dari ikatan sebelum cerucuk besi itu menimpa kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Ali berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kepala mangsa pecah dan otaknya terburai manakala tiada kesan kecederaan lain ditemui pada badan mangsa.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah. Pihak JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja) sudah dihubungi bagi membolehkan siasatan diteruskan manakala kerja pembinaan diarah dihentikan serta-merta selama satu bulan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher dan kepala akibat kemalangan industri. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

The post Kepala pecah dan otak terburai appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JnO1s1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.