Hi! Welcome Back and Stay Tune! SALLEH: GUNA LOGO PKR, STRATEGI PH PERDAYA MELAYU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SALLEH: GUNA LOGO PKR, STRATEGI PH PERDAYA MELAYU

KUALA LUMPUR ― Pakatan Harapan (PH) mungkin menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai strategi untuk ‘memperdaya’ orang Melayu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau menarik perhatian bahawa DAP berkata ia tidak akan menggunakan logonya sendiri dalam PRU14 manakala logo Parti Amanah Negara (Amanah) mungkin menyebabkan pengundi Cina menjauhkan diri kerana imej Islamnya, jadi yang tinggal hanyalah logo PKR.

 “Penggunaan logo PKR sebagai logo bersama adalah strategi untuk ‘memperdayakan’ orang Melayu supaya mempercayai bahawa pakatan itu telah menjadi lebih Melayu,” katanya menerusi catatan di laman blog di sskeruak.blogspot.my.

Salleh seterusnya berkata pemimpin pakatan pembangkang dan beberapa penganalisis politik telah menyatakan bahawa ‘Tsunami Cina’ yang bermula pada 2008 telah memuncak pada 2013.

“Ini bermakna pakatan pembangkang lebih kurang sudah pun memaksimumkan asas sokongan Cina dan jika mereka mahu menang lebih daripada 80 kerusi Parlimen tanpa bantuan PAS, maka ia harus berlatarbelakangkan ‘Tsunami Melayu’,” katanya.

Menurut Salleh, mewujudkan ‘Tsunami Melayu’ sepatutnya menjadi peranan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), namun Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ada berkata ini gagal berlaku.

“Dan tanpa ‘Tsunami Melayu’, pencapaian pakatan pembangkang mungkin lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2013, apatah lagi memenangi 120 kerusi Parlimen yang mereka sasarkan,” katanya.

― Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GDo5ej

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.