Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mane, Salah & Chamberlain terus hantui City - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mane, Salah & Chamberlain terus hantui City

LIVERPOOL membawa bekalan selesa ke perlawanan suku akhir kedua menentang Manchester City dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL), selepas berjaya melakar kemenangan 3-0 ke atas City di Anfield.

Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane menjaringkan gol untuk Liverpool dalam babak pertama.

Trio Liverpool terus menghantui barisan pertahanan City apabila penyerang berbisa Liverpool, Salah meletakkan the Reds di depan selepas menyudahkan hantaran Roberto Firmino pada minit ke-12.

Ia merupakan gol ke-38 dalam semua kejohanan buat penyerang Mesir itu.

Chamberlain kemudian menemui ruang di bahagian tengah padang untuk meledak gol kedua Liverpool dari luar kotak penalti pada minit ke-21.

Rembatan tersebut seakan sama yang dilakukannya semasa menentang City pada Januari lepas dalam Liga Perdana Inggeris (PL).

Mane kemudian menanduk masuk lambungan bola Salah pada minit ke-31.

Bagaimanapun malang buat Liverpool apabila terpaksa mengeluarkan Salah pada minit ke-52, akibat kecederaan.

Ketiadaan Salah menyaksikan serangan balas Liverpool agak tumpul walaupun Georginio Wijnaldum dan Dominic Solanke dimasukkan untuk menggantikan Salah dan Firmino.


Bagaimanapun, pertahanan Liverpool kelihatan lebih teratur dalam perlawanan kali ini berbanding perlawanan sebelum ini menentang CIty, di mana Liverpool bolos sebanyak tiga kali.

Barisan serangan City kelihatan buntu untuk mencari ruang bagi merobek gawang Liverpool bagi mencari gol di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan timbal balik di Stadium Etihad pada 11 April, 2:45 pagi.

Liverpool perlu mencari gol di tempat lawan dan perlu berwaspada dengan kemampuan City di tempat sendiri kerana the Reds pernah dibelasah City 5-0 dalam PL.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Barcelona menewaskan AS Roma 4-1 di Nou Camp.

Dua gol sendiri dari pemain Roma, Daniele De Rossi dan Kostas Manolas memberi pendahuluan selesa buat Barca sebelum Gerard Pique dan Luis Suarez menambah dua lagi gol Barca.

Gol Roma disumbang Edin Dzeko.



Sumber Mane, Salah & Chamberlain terus hantui City

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2q8StSL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.