KAJIAN IDE: SUKAR BN RAMPAS SELANGOR
SHAH ALAM, 5 April — Tidak mudah Barisan Nasional (BN) merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya nanti, menurut kajian.
Faktor kekuatan PH antaranya kewibawaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meningkat 65 peratus, menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE).
Menteri besar itu paling popular, 46 peratus, sebagai pemimpin pelapis berbanding bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir (38 peratus).
Dibentang timbalan pengerusi IDE Datuk Mohammad Redzuan Othman, tinjauan itu mendapati beberapa pemimpin mendapat skor rendah, 16 peratus semuanya.
Mereka termasuklah menteri Khairy Jamaluddin, ketua menteri Lim Guan Eng, timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
“Kepimpinan Azmin beri impak yang besar kepada Selangor,” kata Mohammad Redzuan ketika mendedahkan dapatan Kajian Landskap Politik Selangor 5.0 di sini hari ini.
Sokongan yang diberikan kepada Selangor ada kaitan dengan kepemimpinan dan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dilakukan Azmin, tambahnya.
Kajian itu melibatkan 3,277 responden di semua 56 kerusi negeri di Selangor pada 5 hingga 7 Januari lalu.
Ia juga mendapati sokongan rakyat paling banyak untuk PH iaitu 49 peratus, BN (30 hingga 34 peratus) dan PAS (12 peratus).
Di kawasan bandar, PH mendapat undi tiga majoriti kaum iaitu Cina sebanyak 62 peratus, India (51 peratus), dan Melayu (39 peratus).
Kawasan pinggir bandar masih memihak kepada PH dengan Cina sebanyak 65 peratus, India (52 peratus) dan Melayu (41 peratus).
Namun di luar bandar, responden Melayu banyak menyokong BN (61 peratus). Responden Cina dan India masih bersama PH, masing-masing 66 peratus dan 50 peratus.
“BN masih kuat di luar bandar. Namun tidak mudah mengambil Selangor dengan senario yang ada,” kata Mohammad Redzuan, yang juga naib canselor Universiti Selangor (Unisel).
Tambahnya, sempadan baru kawasan pilihan raya — didakwa boleh memenangkan BN — juga tidak menggugat PH untuk mengekalkan kerusi di Selangor.
Di kerusi negeri Bukit Antarabangsa, kini diwakili Azmin, walau tiga penjuru dengan BN dan PAS, PH mampu menang dengan majoriti 8,045 undi.
Begitu juga tinjauan di kerusi Seri Setia dan Sementa, PH boleh mengatasi dua pencabarnya itu dengan kelebihan 3,856 dan 831 undi.
Seri Setia dan Sementa diwakili dua exco negeri daripada PKR, masing-masing Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dr Daroyah Alwi.
IDE, sebuah badan kajian bawah kerajaan negeri, membuat tinjauan ini berdasarkan data pengundi induk suku keempat 2017 selepas sempadan baru.
Ia dijalankan pada 15 hingga 18 Mac lalu.
– Malay Mail
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qbjmp8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment