Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kata Gurunya, Anak Saya Masuk Hospital Kerana Bisul Di Hidung. Tapi Bila Saya Lihat Wajah Anak Saya, Ada Bengkak Dan Lebam-Lebam.”Pelajar Dibelasah Rakan-Rakan Sekolah Pondok Hingga Maut.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kata Gurunya, Anak Saya Masuk Hospital Kerana Bisul Di Hidung. Tapi Bila Saya Lihat Wajah Anak Saya, Ada Bengkak Dan Lebam-Lebam.”Pelajar Dibelasah Rakan-Rakan Sekolah Pondok Hingga Maut..


SESETENGAH ibu bapa mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz dengan harapan anak mereka dapat menghafaz dan mendalami ilmu Al-Quran untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Namun, hati seorang ibu sayu apabila anaknya maut selepas dipukul beramai-ramai oleh rakan-rakan sekolahnya di sebuah pusat tahfiz dikenali sebagai Pesantren Nabil Husein yang terletak di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia.


Pelajar sekolah tahfiz itu, yang dikenali sebagai M. Rifqi Pratama, dimasukkan ke Hospital Abdul Wahab Sjahranie sejak Rabu lalu selepas mengadu sakit-sakit badan sebelum meninggal dunia di hospital berkenaan, semalam (Isnin).


Jelas ibunya yang dikenali sebagai Santi, dia diberitahu oleh pihak sekolah bahawa anaknya dimasukkkan ke hospital disebabkan masalah bisul di hidung remaja itu.

Namun, selepas tiba di hospital berkenaan, dia mendapati badan anak bongsunya itu dilihat bengkak-bengkak membuatkan dia merasakan perkara lebih serius sebenarnya berlaku ke atas anaknya itu.

“Kata gurunya, anak saya masuk hospital kerana bisul di hidung. Tapi, saat saya lihat langsung, wajahnya lebam-lebam, matanya bengkak,” katanya menurut laporan Tribun News.


Malah, mangsa tidak sedarkan diri selama dua hari ketika dimasukkan ke hospital berkenaan dan hanya sedar pada Jumaat lalu dan menceritakan perkara sebenar kepada ibunya itu.

Jelas Santi, anaknya telah dipukul beramai-ramai oleh lima orang rakannya berkali-kali yang menyebabkan seluruh badannya berasa sakit terutama di bahagian dada.


Keadaan Rifqi pada mulanya dilihat semakin baik selepas menyedarkan diri, namun kesihatannya kembali merudum pada Isnin sebelum meninggal dunia petang semalam.

Keluarga mangsa kemudiannya bersetuju untuk pihak hospital menjalankan pembedahan autopsi ke atas jenazah bagi mendapatkan lebih informasi mengenai penyebab kematiannya.


Sementara itu, Santi juga menceritakan bahawa anaknya sempat mendedahkan nama-nama pelaku kepadanya yang seterusnya menyebabkan dia lantas membuat laporan polis pada hari yang sama.

Tambahnya, dia membuat laporan polis bagi memastikan suspek itu ditahan dan tidak berniat memburukkan nama Pesantren Nabil Husein.

“Dia sempat sebutkan nama rakan-rakannya yang bertindak memukul, menampar mukanya , menumbuk dadanya, menggunakan tangan kosong.

“Saya hanya ingin pelakunya ditangkap, saya tidak ada niat untuk memburukkan nama pusat tahfiz tersebut, tapi saya hanya ingin pelaku diketahui dan di proses, jangan sampai ada korban lain, cukup anak saya jadi korban,” jelas Santi.


Dalam pada itu itu, wakil Balai Polis Samarinda, AKP Ida Bagus Kadek Suta, kes berkenaan sedang disiasat pihak polis dan pihak polis sedang menunggu laporan forensik dari hospital berkenaan.

“Kes ini telah dilaporkan ibu mangsa pada Jumaat lalu. Pada waktu itu, laporannya hanya penganiayaan oleh rakan-rakan mangsa.

“Buat masa ini, kami telah mengambil kenyataan tiga orang saksi, mulai dari ibunya dan juga orang-orang dari pusat tahfiz terlibat,” ujarnya.

Selesai autopsi, jenazah dibawa pihak keluarganya ke Sengata, Wilayah Kutai Kartanegara, Kalimantan Utara untuk dikebumikan.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uVxR64

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.