Hi! Welcome Back and Stay Tune! Soalnya patutkah Najib cakap begitu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Soalnya patutkah Najib cakap begitu?

* Macam budak-budak bergaduh. cabar dan ungkit keturunan bagai.....
Atau Najib tersasul?

Muhyiddin: Rakyat tak kisah kau pendekar
mk  |  Dikemaskini 2 Apr 2018, 11:28 malam
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang memberi amaran agar tidak menimbulkan kemarahan 'pendekar Bugis'.

"Saya pun tak berapa faham. Ini bukan soal pendekar Bugis ker tak Bugis. Apa makna pendekar jika kesannya kes-kes rasuah yang telah berlaku.

"Apa makna pendekar sekalipun jika dalam kantung pendekar itu ada RM2.6 bilion yang (didakwa) dicuri daripada wang rakyat," kata Muhyiddin dalam suatu hantaran video di laman Facebook rasmi BERSATU.

Berita berkaitan: 'Laporan PAC tak kata saya curi wang 1MDB'

Muhyiddin mengulas amaran Najib semalam untuk 'tidak main-main' dengan pendekar Bugis ketika hadir majlis pengamal silat di Gombak, Selangor semalam. Najib seorang berketurunan Bugis.

Muhyiddin mendakwa Najib menggunakan 'ayat pendekar Bugis' untuk mengesampingkan tuduhan terhadap beliau.
"Jadi yang itu seharusnya diberi jawapan daripada mempertahankan kononnya dia pendekar Bugis.

"Maka pendekar Bugis tidak melakukan apa-apa kesalahan, dia maksum terpelihara daripada apa-apa kelemahan," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata rakyat tidak peduli jika Najib ialah seorang 'pendekar Bugis' atau tidak.

"Dia harus faham sekarang rakyat sedang susah, rakyat menderita.

"Rakyat tak kisah kau pendekar ker kau jadi apapun, itu bukan mereka fikirkan, yang penting ialah nasib mereka," kata beliau.

Derma keluarga diraja Arab

Najib berulang kali menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam bagi tujuan peribadi.

Najib berkata wang RM2.6 bilion di dalam bank akaun peribadinya itu merupakan 'derma' daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membebaskan Perdana Menteri daripada sebarang laku dan berkata baki wang di dalam akaun Najib telah dipulangkan.




✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IqKYOf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.