Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Telah Membangunkan Sistem Operasi Sendiri Sekiranya Dihalang Menggunakan Android dan Windows - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Telah Membangunkan Sistem Operasi Sendiri Sekiranya Dihalang Menggunakan Android dan Windows

Minggu lalu ZTE telah diharamkan dari menggunakan perkakasan dan perisian keluaran syarikat dari Amerika Syarikat kerana menjual produk ke negara Iran. Akibatnya mereka tidak lagi boleh menggunakan cip pemproses Snapdragon keluaran Qualcomm dan mungkin dihalang menggunakan sistem operasi Android.

Huawei Mate RSMenurut laporan South China Morning Post, Huawei sudahpun membangunkan sistem operasi mereka sendiri sekiranya perkara yang sama berlaku ke atas mereka. Sejak 2012, Huawei sudah membangunkan sistem operasi sendiri untuk telefon pintar, tablet dan komputer. Ini adalah kerana pada tahun tersebut mereka dan ZTE mula disiasat oleh Amerika Syarikat kerana dipercayai menjual teknologi kepada Iran.

Sistem operasi ini walau bagaimanapun tidak digunakan kerana tidak sebaik Android yang kini memegang lebih 70% penggunaan sistem operasi telefon pintar dunia. Program pembangunan sistem operasi Huawei ini dimulakan sendiri oleh pengasas mereka Ren Zhengfei sebagai berhadapan dengan senario serius dihalang menggunakan teknologi keluaran Amerika Syarikat. Tidak seperti ZTE, Huawei tidak perlu risau dengan masalah pemproses kerana menghasilkan cip Kirin keluaran mereka sendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HC2SxI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.