Oppo A3 Kini Rasmi – Hadir Dengan Rekaan Skrin Bertakuk
Oppo hari ini telah hadir dengan telefon pintar berspesifikasi pertengahan terbaru mereka, iaitu Oppo A3. Seperti siri-A sebelum ini, Oppo A3 turut tidak menyertakan sebarang sensor pengimbas cap jari, dan memfokuskan kepada penggunaan nyah-kunci berasaskan wajah.
Oppo A3 hadir dengan skrin 6.2-inci dengan rekaan nisbah 19:9. Pada bahagian atasnya, Oppo melengkapkan ia dengan penggunaan rekaan bertakuk – salah satu perkara yang semakin popular akhir-akhir ini dikalangan pengeluar peranti.
Oppo A3 ini dijana menggunakan cip Helio P60, dilengkapi memori 4GB RAM, dan hadir dengan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel, selain kamera selfie 8-megapixel.
Menjananya juga adalah sistem operasi Android 8.1 Oreo dengan antaramuka Color OS 5.0 yang menyertakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk mengelak gangguan panggilan ketika sedang bermain permainan video.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Oppo A3 ini akan hadir ke pasaran tempatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qZtJN4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment