Hi! Welcome Back and Stay Tune! Volkswagen Menghasilkan Kerangka iPhone Untuk Kempen Kesedaran Bahaya Memandu Sambil Menggunakan Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Volkswagen Menghasilkan Kerangka iPhone Untuk Kempen Kesedaran Bahaya Memandu Sambil Menggunakan Peranti

Dahulu kerap kita dengari jangan memandu ketika mabuk. Kini lebih kerap kita dengari jangan menggunakan peranti ketika memandu. Tetapi hakikatnya ramai di antara kita yang melakukannya. Di Sweden, penggunaan peranti ketika memandu diharamkan sejak Februari. Sungguhpun begitu kadar kemalangan langsung tidak berkurangan. Bagi menimbulkan kesedaran bahaya memandu sambil menggunakan peranti, Crashed Cases dihasilkan oleh Volkswagen.

Sebanyak 153 kerangka iPhone dihasilkan dari tubuh kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku akibat pemandu menggunakan peranti. Setiap satu dijual pada harga SEK 599 (~RM 269) dan hanya untuk iPhone 8. Hasil jualan Crashed Cases akan didermakan ke Trafikskadefonden yang memberikan bantuan pemulihan kepada mangsa kemalangan di Sweden.

Di Perancis undang-undang lebih ekstrem dikuatkuasakan dimana penggunaan peranti walaupun kereta berhenti atau di tempat letak kereta boleh menyebabkan pengguna disaman  €135 (~RM 654). Negara kita juga mempunyai undang-undang yang membolehkan pengguna disaman jika menggunakan peranti walaupun lampu trafik berwarna merah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FllT5q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.