Joseph Entulu Nafi Dakwaan Sertai PKR
SIBU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Joseph Entulu Belaun, yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menafikan menyertai PKR selepas dipecat Ahad lalu.
Ia berikutan penyebaran gambarnya bersama Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, sambil menyerahkan dokumen seolah-olah borang keahlian parti itu yang viral di laman sosial sejak 24 jam lalu.
Penafian Entulu dimaklumkan oleh setiausaha akhbarnya, Babiana Mathew Mike dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini. Babiana turut menjelaskan gambar berkenaan dirakam tahun lalu apabila menteri berkenaan dijemput menjadi ahli panel Forum Pemansang Agenda Dayak di sebuah hotel di Miri.
Kehadiran Entulu adalah atas kapasitinya sebagai seorang pemimpin Dayak yang berpengalaman, khususnya bagi menyampaikan ucaptama pada forum berkenaan.
“Ia dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat Dayak di Sarawak, termasuk Persatuan Pemansang Dayak yang juga penganjur utama forum berkenaan.
“Pengerusi Persatuan Pemansang Dayak, Baba Emperan turut ada dalam gambar berkenaan, begitu juga Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang hadir sebagai ahli panel,” katanya.
Babiana memuat naik penjelasan itu melalui Facebook dengan akaun menggunakan nama ‘Abby Matthew Mike’.
Katanya, forum berkenaan sebahagian daripada platform kepada NGO Dayak untuk berkongsi maklumat dan saling bertukar pandangan mengenai polisi kerajaan serta keberkesanannya dalam meningkatkan taraf komuniti itu.
“Ia juga bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh komuniti Dayak pada era globalisasi. Ramai wakil rakyat Dayak turut dijemput, namun hanya beliau (Entulu) yang berani tampil ke hadapan,” katanya.
Parlimen Selangau dikatakan antara ‘kerusi panas’ di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini, susulan pemecatan Entulu yang juga penyandang kerusi berkenaan, selepas didakwa melanggar perlembagaan parti.
Entulu digantikan calon muka baharu, Rita Sarimah Patrick Insol, seorang pakar perundangan.
Lebih hangat lagi apabila Baru semalam turut mengumumkan akan bertanding di kerusi itu – BH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FrMrSU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment