Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jawapan SPR, Kenapa SUHAKAM Tidak Sesuai Jadi Pemantau Pilihan Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jawapan SPR, Kenapa SUHAKAM Tidak Sesuai Jadi Pemantau Pilihan Raya


1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah badan yang dilantik di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai bidangkuasa yang telah dinyatakan di bawah Bahagian VIII (Pilihan Raya) Perlembagaan Persekutuan. Manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) juga ditubuhkan dengan bidang kuasanya yang tersendiri di bawah Bahagian II (Hak Asasi) Perlembagaan Persekutuan.
.
2. Dalam hal ini, perlaksanaan Proses Pilihan Raya adalah dilaksanakan oleh SPR yang dianggotai oleh Ahli-Ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. SPR juga maklum bahawa anggota-anggota SUHAKAM juga adalah dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong dan dalam memberikan pengiktirafan kepada badan tersebut yang mempunyai bidangkuasa berkaitan hak asasi, pengiktirafan yang sama juga perlu diberikan SUHAKAM kepada SPR.
.
3. Memandangkan hak untuk mengundi adalah hak yang diberikan di bawah statut, maka semua peraturan perlulah dipatuhi oleh semua pengundi dan tidak timbul bahawa hak asasi sewajarnya mengatasi hak statut.
.
4. Dalam masa yang sama adalah tidak wajar pihak yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang mempunyai bidangkuasa khusus yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta juga memantau pihak lain yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang mempunyai bidangkuasa khusus di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta.
.
6. Dalam hal ini, SPR sentiasa berpegang kepada kepentingan hak asasi semua warganegara selaras dengan peruntukkan undang-undang dan tidak pernah menyekat mana-mana warganegara untuk menggunakan hak mereka yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta berkaitan dengan pilihan raya bagi menyertai proses demokrasi Negara.
.
7. SPR berpandangan penglibatan SUHAKAM untuk berperanan sebagai pemantau pilihan raya adalah tidak berkeperluan kerana SPR telah menjemput pemerhati luar Negara dan juga melantik beberapa pihak bebas yang berkecuali serta tidak berkepentingan untuk memerhati dan memantau proses PRU-14. Malah dalam masa yang sama juga peruntukkan undang-undang telah menetapkan hak kepada semua calon dan parti yang bertanding untuk melantik ejen-ejen mereka sebagai pemantau dalam setiap proses PRU-14. Pada PRU-14 ini dianggarkan jumlah ejen-ejen calon dan parti yang akan terlibat adalah melebihi 200 ribu orang.
.
8. Sebagai sebuah badan pengurusan pilihan raya yang berintegriti bebas dan adil yang diamanah oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, SPR akan memastikan setiap proses PRU-14 yang akan dikendalikan sendiri oleh lebih 250 ribu orang awam akan berjalan dengan telus dan adil tanpa tekanan serta campurtangan mana-mana pihak.
.
Sekian dan terima kasih.
.
.
TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)
.
PUTRAJAYA
Tarikh : 27 April 2018 / 11 Syaaban 1439H


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KkBohT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.