Windows 10 April 2018 Update Bakal Ditawarkan Bermula Hari Isnin Ini
Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan mula menawarkan kemaskini Windows 10 April 2018 Update bermula hari Isnin kelak, 30 April 2018.
Windows 10 April 2018 Update ini sebelum ini dikatakan mungkin dikenali dengan nama Windows 10 Spring Creators Update. Penggunaan nama baru ini mungkin akan lebih memudahkan pengguna umum untuk mengetahui kemaskini baru – selain membuatkan mereka mengemaskini kepada versi terbaru dengan lebih pantas.
Windows 10 April 2018 Update ini hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk salah satunya adalah Timeline – yang mana membolehkan anda melihat dan mengakses pelbagai perkara yang anda pernah buat menggunakan komputer anda. Ia juga turut membolehkan anda mengakses sejarah pelayaran daripada pelayar web Edge di peranti mudah-alih.
Disamping itu, Microsoft turut menawarkan ciri Focus Assist yang mengelakkan pelbagai gangguan notifikasi, dan membolehkan anda memfokuskan kepada produktiviti. Ciri ini akan menghalang pelbagai notifikasi, termasuk dari segi emel dan sebagainya.
Selain dua ciri utama ini, pihak Microsoft turut menyertakan pembaharuan pada Microsoft Edge, penambaha-baikkan pada aplikasi yang hadir terbina, selain integrasi Mixed Reality dan sebagainya.
Bagi anda yang menggunakan Windows 10, sama-sama nantikan 30 April ini untuk mengemaskini ke versi terbaru ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vNu6zO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment