Intel Menangguhkan Lagi Pengeluaran Cip Pemprosesan 10nm
Intel hari ini mengumumkan penyata kewangan untuk suku tahun pertama 2018, dan ketika pengumuman sama, pihak Intel turut berkongsi mengatakan yang mana mereka menangguhkan pengenalan cip “Cannon Lake” berasaskan rekaan 10-nanometer kepada tahun hadapan.
Pada awalnya, ia disasarkan untuk pengenalan sekitar 2 tahun lepas, tetapi ditangguhkan ke penghujung 2018 ini. Kini, ia sekali lagi ditangguhkan ke tahun hadapan, iaitu 2019.
Dengan penangguhan ini, kita mungkin akan dapat melihat cip keluaran Intel tahun ini masih mengekalkan rekaan 14nm. Ia juga akan membuatkan Intel sedikit ketinggalan dalam pengeluaran cip yang lebih kompak, apatah lagi dengan beberapa pesaing Intel yang telah melihat kepada pengeluaran cip berasaskan 7nm dalam waktu terdekat ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JtyTZu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment