Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Direman 3 Hari ,Biarkan Kakak OKU Tidur Berlumuran Najis & Sampah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Direman 3 Hari ,Biarkan Kakak OKU Tidur Berlumuran Najis & Sampah..



Seorang jiran mendengar suara dari arah dapur dan membawa kepada penemuan seorang wanita OKU dalam keadaan tidak bermaya. Mangsa dikategorikan lembam ditemui dalam keadaan lemah dan kotor malah di lantai penuh dengan najis mangsa.


Bagaimanapun, jiran berkenaan berasa curiga dan bertindak untuk mengintai dari cermin tingkap sebelum menghubungi pihak polis.

Dalam keadaan terbaring dan berbau


Dalam keheningan malam, penduduk setempat sering terdengar suara tangisan bayi dan kanak-kanak menangis. Bagaimanapun, semuanya terbongkar apabila sekumpulan kanak-kanak kawasan itu melalui jalan belakang rumah yang dihuni dua beradik terbabit kira-kira jam 9 malam tadi sebelum bertindak ‘mengintai’ bahagian dapur rumah melalui cermin tingkap.

Sebaik pintu dipecahkan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berbau hamis serta busuk disebabkan keadaannya yang tidak terurus dan najis turut ditemui di lantai. Kita percaya mangsa berkeadaan begitu (tidak terurus) sudah lama melihat kepada keadaannya yang lemah dan susuk badan yang kurus.


Menurut BH Online, mangsa tinggal bersama adik perempuan yang berusia 40 tahun. Ketika ditemui di hospital, mangsa yang sedang dirawat mengadu sejuk dan lapar. Adik perempuannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk soal siasat.
Siasatan sedang dijalankan



Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui kejadian sama ada mangsa diabaikan atau sebaliknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, wanita terbabit direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.



Boleh dikatakan setiap hari akan kedengaran alunan bacaan al-Quran menerusi radio dari rumah itu. Adik perempuan mangsa juga sering ke madrasah berhampiran untuk belajar mengaji al-Quran dan atas faktor itu kami tidak menjangka kejadian ini akan berlaku.

Sumber: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HV7RNf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.