Agong perkenan potong 10% gaji sendiri bantu ekonomi negara
Sultan Muhammad V turut mengarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara tahun ini dibatalkan.
PETALING JAYA: Sultan Muhammad V bersetuju memotong gaji dan emolumen sendiri sebanyak 10% sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021 dalam usaha membantu ekonomi negara.
“Sultan Muhammad V amat prihatin terhadap tahap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.
“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini.
Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan 30 Mei lalu untuk rakyat menyalurkan sumbangan selepas mengetahui hutang negara mencecah RM1 trilion dan jumlah kutipan itu mencecah RM56.662 juta setakat 3 petang tadi.
Semalam, Menteri kewangan berkata, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
Lim Guan Eng berkata, sekiranya jumlah tabung itu tidak mencukupi, kerajaan akan menampung baki diperlukan bagi melunaskan hutang itu.
Sementara itu, Sultan Muhammad V turut mengarahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara tahun ini dibatalkan.
“Anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah Terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.”
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LKnZzF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment