Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan tegakkan benang basah, Guan Eng tepis Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan tegakkan benang basah, Guan Eng tepis Najib

 | June 13, 2018
Menteri kewangan berkata Najib melakukan kerja sia-sia apabila menggunakan laporan Moody's untuk menerangkan kedudukan sebenar hutang negara.
Lim (lima dari kiri) di penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di majlis malam tadi.
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menepis Datuk Seri Najib Razak apabila bekas perdana menteri menggunakan laporan agensi penarafan antarabangsa, Moody’s untuk menerangkan kedudukan sebenar hutang negara.

Beliau berkata Najib melakukan kerja sia-sia kerana dia terlalu menekankan hutang langsung kerajaan, iaitu RM687 bilion, tidak mengambil kira keseluruhan liabiliti yang perlu ditanggung kerajaan.

Lim berkata kerajaan tidak pernah menafikan jumlah hutang langsung kerajaan, tetapi mahu Najib dan orang ramai sedar tentang jaminan-jaminan kerajaan yang lain.
“Jadi, apabila Najib menggunakan laporan Moody’s sebagai alibi bahawa hutang negara tidak mencecah RM1 trilion, beliau hanya menegakkan benang yang basah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan.

“Saya bagi contoh: anda berhutang kalau anda pinjam wang untuk beli rumah, tapi selain pinjam wang bank, anda juga menjadi penjamin kepada kawan anda dan jika kawan anda tidak mampu membayar hutangnya, anda perlu membayar hutang dia,” tambahnya.

Lim seterusnya merujuk kepada kes 1MDB di mana kerajaan perlu menanggung hutangnya apabila syarikat itu tidak mampu menjelaskannya.
“Siapa yang perlu membayar semua hutang itu? Sudah pasti kerajaan,” katanya.
Lim menjawab kenyataan Najib hari ini yang berkongsi laporan Moody’s yang mengekalkan anggaran beban hutang langsung kerajaan pada RM687 bilion, atau 50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kadar (KDNK) sama seperti 2017.

Moody’s berkata penilaian risiko liabiliti luar jangka yang ditimbulkan oleh institusi awam sektor bukan kewangan juga tidak berubah, meskipun terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan semasa.

Agensi itu menambah tindakan kerajaan “mengkaji semula projek prasarana berskala besar” yang mendapat manfaat daripada pinjaman dijamin kerajaan dulu dan “hutang tertunggak daripada 1MDB” akan memainkan peranan penting dalam “menentukan risiko yang timbul dari liabiliti luar jangka kepada profil kredit.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Mpq8Sp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.