Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Kritik sekarang, jangan tunggu 100 hari’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Kritik sekarang, jangan tunggu 100 hari’

 | June 9, 2018
Rakyat harus menyuarakan pandangan bermula sekarang, bukannya tunggu selepas 100 hari, forum diberitahu.
Maria berkata kritikan terhadap kerajaan sekarang sepatutnya lebih lantang.
KUALA LUMPUR: Rakyat tidak harus teragak-agak untuk menyuarakan pandangan terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan tidak perlu ada tempoh bertenang 100 hari sebelum kerajaan baru itu boleh dikritik, forum diberitahu.

“Tidak ada tempoh masa,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah kepada forum bertajuk “The Importance of a Strong Opposition for a Vibrant Democracy” anjuran Majlis Peguam.

“Jika anda fikir keadaan tidak elok, katakannya sekarang. Kita bertanggungjawab kepada perubahan yang kita capai untuk menyuarakannya. Anda tidak perlu tunggu selepas 100 hari. Itu sudah terlambat,” kata bekas pengerusi Bersih 2.0 itu.
Maria berkata, orang ramai sudah mula menyuarakan pandangan tetapi “ia sepatutnya lebih lantang lagi”.

Tunku Zain Al-Abidin Tunku Mukhriz, presiden Institut Demokrasi dan Hal ehwal Ekonomi (IDEAS), bersetuju.
“Kita perlu lebih berwaspada sekarang kerana orang awam terlalu berbaik hati,” katanya.

BN belum biasa
Seorang panelis lain bercakap tentang “sindrom penafian” dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan pada pilihan raya 9 Mei lepas.
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong Kim Seng berkata pemimpin baru pembangkang sekarang tidak harus mengamalkan pendekatan “membangkang untuk tujuan membangkang” semata-mata.

“Kita perlukan orang yang berpengetahuan untuk membangkang. Kita tidak mahu orang seperti Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos,” katanya.
“Pada waktu ini, saya tidak nampak ramai pemimpin BN boleh memainkan peranan itu,” kata beliau.

Andy memberi contoh ahli politik yang memainkan peranan sebagai pembangkang dengan berkesan sewaktu kerajaan sebelum ini, termasuklah pakar strategi DAP, Liew Chin Tong, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Beliau berkata, pembentukan pembangkang berwibawa selepas kemenangan bersejarah Pakatan Harapan akan mengambil masa.
“Pada masa ini, kedua-dua pihak berhadapan kesukaran, PH menjadi kerajaan persekutuan buat pertama kali, dan BN pula menjadi pembangkang persekutuan juga pertama kali.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sTB5mm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.