Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muhyiddin nafi spekulasi rombakan PDRM tetapi akui sedang teliti keperluan rombakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muhyiddin nafi spekulasi rombakan PDRM tetapi akui sedang teliti keperluan rombakan

Al-kisah spekulasi pasal rombakan besar-besaran kepemimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bulan hadapan riuh sakan di negara ini  gara-gara berpunca dari laporan akhbar The Strait Times,Singapura.
 
Maka timbul segala macam khabar angin siapa nak ganti termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan beberapa pegawai tertinggi PDRM lain.
 
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa tampil menerusi satu kenyataan menafikan spekulasi itu.
 
Namun pada masa sama beliau memberitahu pihaknya sedang dalam proses meneliti keperluan bagi mengadakan rombakan dalam PDRM untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Kata beliau, pihaknya memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa memastikan setiap kementerian, agensi dan jabatan berfungsi dengan penuh tanggungjawab, telus dan berintegriti.
 
"Saya menerima pelbagai pertanyaan dari orang ramai dan wakil media mengenai perkara ini. Saya menafikan dakwaan rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi PDRM bakal dibuat bulan hadapan sepertimana yang disiarkan di media massa," katanya.
 
Selain Fuzi dan beberapa pegawai kanan dikatakan akan berhenti Straits Times Singapura memetik sumber sebagai emmberitahu tiga jabatan yang didakwa terpalit dengan kes rasuah pula dijangka dimansuhkan dan beberapa pegawainya dikatakan akan dipecat.
 
Tiga jabatan yang dikatakan akan dimansuhkan itu ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).- 12/6/2018
 
 
 
 


Sumber Muhyiddin nafi spekulasi rombakan PDRM tetapi akui sedang teliti keperluan rombakan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sZjnOU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.