Rumah Putih tempat kerja paling teruk
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Ketua Turus Kakitangan Rumah Putih, John Kelly memberitahu sekumpulan ahli kongres, Rumah Putih kini menjadi tempat kerja paling teruk, dan beliau gagal membendung perbalahan dalaman serta kebocoran maklumat sulit, lapor agensi berita China Xinhua.
Kenyataan beliau itu diterbitkan New York Times pada Ahad dan ia adalah contoh terkini mengenai kebocoran maklumat dari Rumah Putih yang mengatakan suasana kerja di bawah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
"Mood di Rumah Putih agak bosan dan memberontak", lapor Times sambil menambah ramai kakitangan memikirkan cara untuk berpindah keluar dari pejabat itu.
Kelly, bekas jeneral tentera yang dibawa masuk ke Rumah Putih pada tahun lalu bagi menangani masalah berkenaan, hanya mampu mengawal pegawai bawahan seketika sebelum keadaan menjadi semakin buruk dan pengaruhnya terhadap Trump terhakis.
Awal tahun ini, media AS melaporkan Kelly hilang sabar dan mengugut mahu meletak jawatan, tetapi rakannya yang lain dalam pentadbiran termasuk Setiausaha Dalam Negeri, Kirstjen Nielsen berjaya memujuknya.
Pentadbiran Trump menyaksikan banyak rombakan pegawai tinggi Rumah Putih.
Ramai pegawai tinggi yang dipecat atau meletak jawatan termasuk Penasihat Keselamatan AS Michael Flynn dan H.R.McMaster, Ketua Turus Reince Priebus, Setiausaha Akhbar Sean Spicer serta Pengarah Komunikasi Mike Dubke, Anthony Scaramucci dan Hope Hicks. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LDQO0k
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment