Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Guan Eng dan Tommy boleh patahkan rasisme dalam politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Guan Eng dan Tommy boleh patahkan rasisme dalam politik

 | June 9, 2018
Pensyarah undang-undang Azmi Shahrom berkata jika kerajaan Pakatan Harapan dan pemimpinya berjaya, maka hujah menyokong politik perkauman akan gagal.
Pensyarah undang-undang Azmi Shahrom berkata rakyat Malaysia harus memerangi pembiasaan rasisme.
KUALA LUMPUR: Kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berjaya bagi memerangi politik perkauman, kata pensyarah undang-undang Prof Madya Azmi Shahrom.

Azmi berkata kejayaan penjawat awam bukan Melayu yang baru-baru ini dilantik ke jawatan tertinggi boleh membatalkan hujah yang menyokong politik perkauman.

Lim Guan Eng baru-baru ini dilantik sebagai menteri kewangan, rakyat berketurunan Cina pertama selepas 44 tahun dilantik ke jawatan itu, sementara Tommy Thomas dilantik sebagai peguam negara, seorang bukan Melayu-Islam yang dilantik ke jawatan tersebut sejak sekian lama.

Jika mereka berjaya, rakyat boleh melihat melampaui bangsa, kata Azmi, seorang profesor madya di Universiti Malaya, yang mempunyai kolum mingguan berkenaan isu semasa di sebuah akhbar tempatan.

“Jika Tommy berjaya dalam tugasnya, ia boleh membuktikan bahawa semua riuh rendah tentang peguam negara mesti seorang Melayu-Muslim akan luput,” katanya kepada FMT bersempena forum bertajuk “The Importance of a Strong Opposition for a Vibrant Democracy” anjuran Majlis Peguam hari ini.

“Ini kerana anda membuktikan politik perkauman tidak diperlukan untuk kejayaan masyarakat. Jika mereka boleh berbuat begitu, maka mudah-mudahan perbincangan kita selepas ini akan didasarkan kepada fakta, bukan kaum.”

Rakyat perlu mengetepikan Barisan Nasional yang kebanyakannya terdiri daripada parti berasaskan kaum “kerana mahu tidak mahu mereka tidak dapat menghindari wacana perkauman,” kata Azmi.

Bagaimanapun katanya, usaha mengetepikan politik perkauman bukan mudah kerana pemimpin BN dalam kerajaan lepas menggunakan politik itu secara terbuka dan tidak menunjukkan teladan tingkah laku bukan perkauman.

Dengan Umno, politik perkauman menjadi kebiasaan. “Kita perlu menguburkan kebiasaan itu,” katanya, supaya rakyat tidak lagi menerima rasisme sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HBacsw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.