Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengku Abdullah nafi dakwaan terima suapan RM1.3 bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengku Abdullah nafi dakwaan terima suapan RM1.3 bilion

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, menafikan dakwaan yang tersebar dalam media sosial bahawa baginda menerima RM1.3 bilion, sebagai satu suapan atas 'naungan baginda' berhubung satu projek.
 
Tengku Abdullah juga bertitah baginda tidak mempunyai kaitan dengan China Rainbow International Investment Co Ltd (CRIIC), syarikat yang didakwa membuat pembayaran itu.
 
"Saya tiada kaitan dengan syarikat China itu. Syarikat China itu sudah pun menjawab. Saya tidak mahu komen," titah baginda dalam satu WhatApps, melalui pegawai media baginda kepada Bernama di Kuantan Selasa.
 
Sepucuk surat yang dikatakan mendakwa award RM1.3 bilion kepada Tengku Abdullah, sebagai satu suapan atas 'naungan baginda' menjadi viral dalam media sosial.
 
Surat yang bertarikh 8 Feb 2018 dan ditandatangani Presiden CRIIC Global & Pacific Will JW Ding berkata wang itu adalah ganjaran selepas kononnya Sapura-China Rainbow Consortium diberi award projek MRT3 bernilai RM45 bilion.
 
Sementara itu, CRIIC dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa mereka 'menjalankan perniagaan dengan penuh integriti dan mengamalkan piawaian tertinggi urus tadbir korporat'.
 
"Surat yang didakwa itu adalah direka-reka. CRIIC tidak pernah mengeluarkan surat seperti itu. Kandungannya benar-benar palsu dan tidak wujud Sapura-China Rainbow Consortium," menurut kenyataan itu.
 
Kenyataan itu juga menyebut CRIIC sedang mendapatkan nasihat undang-undang dan berhak menuntut keadilan bagi mendapat remedi sivil dan jenayah terhadap pelaku tindakan yang berniat jahat itu.- 12/6/2018
 
 
 


Sumber Tengku Abdullah nafi dakwaan terima suapan RM1.3 bilion

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sYofEe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.