Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amerika Syarikat Ingin Menyekat Pegangan China Dalam Syarikat Teknologi Tempatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amerika Syarikat Ingin Menyekat Pegangan China Dalam Syarikat Teknologi Tempatan

China ialah kilang dunia dengan anggaran 50% produk di pasaran dihasilkan di negara tersebut. Dengan statusnya sebagai negara besar, China mula melakukan pelaburan strategik di dalam syarikat teknologi di seluruh dunia. Ini menimbulkan kerisauan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat. Jabatan ini ingin menyekat peratusan pegangan China di dalam syarikat berteknologi penting.

Mereka menyarankan halangan diletakkan pada syarikat yang kini mempunyai sekurang-kurangnya 25% pegangan saham dari China. Sekiranya halangan diletakkan, ia akan menghalang syarikat yang mempunyai teknologi penting dalam bidang teknologi maklumat, kejuruteraan marin, farmaseutikal dan industri teknologi-tinggi dari diambil alih oleh China.

Langkah ini ingin diambil Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat selepas menerima saranan dari Jabatan Perdagangan dan Majlis Keselamatan Negara. Perkongsian teknologi canggih dengan China dipercayai akan mengurangkan kelebihan Amerika Syarikat sekiranya konflik berlaku di masa hadapan.

China pula ingin membangunkan teknologi  supaya mampu berdiri sama tinggi dengan Amerika Syarikat. Pada waktu ini mereka masih bergantung kepada teknologi yang diimport. Akibatnya industri mereka boleh lumpuh sekiranya halangan dikuatkuasakan seperti yang berlaku ke atas ZTE.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KqzbnM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.