Bolehkah Kes Altantuya, 1MDB, SRC International Dan Isu Derma RM 2.6 Bilion Menurunkan Harga Barang?
Sejak 2013 lagi, isu membabitkan pembunuhan kejam model sambilan dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu hangat dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau didakwa telah mengarahkan dua anggota Unit Tindakan Khas, Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh model berkenaan.
Hari ini, kes berkenaan kembali hangat diperkatakan apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan bapa Altantuya, Setev Shaariibuu baru-baru ini. Susulan dari pertemuan berkenaan, Setev telah membuat satu laporan polis dan kes berkenaan kembali dibuka untuk siasatan.
Ini adalah kes lama yang kembali dubuka semula, seiringan dengan kes membabitkan 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan isu derma RM 2.6 bilion yang kesemuanya dikaitkan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Apa yang menjadi persoalannya di sini adalah, perlukah kes-kes ini menjadi keutamaan kerajaan hari ini disaat kehidupan rakyat semakin hari semakin tertekan?
Lebih sebulan berlalu sejak Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 dengan menabur pelbagai janji terutamanya 10 janji dalamtempoh 100 hari. Sehingga hari ini, hanya satu sahaja janji yang terkandung di dalam 10 janji berkenaan di penuhi iaitu menyiasat pelbagai skandal kerajaan BN sebelum ini.
Masalahnya di sini, rata-rata rakyat Malaysia hari ini mengeluh dengan kenaikan harga barang yang dilihat seperti tidak terkawal. Sebagai contoh, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, harga sekilogram daging mencecah angka RM 38 yang mana, sudah menjadi kelaziman, daging diperlukan untuk rendang dan sebagainya.
Apa yang melucukan, Menteri Pertanian, Salehuddin Ayub mendakwa, harga barang berjaya diturunkan antara 30 hingga 50 peratus sedangkan dari pemerhatian, hanya harga tomato sahaja yang mengalami penurunan.
Itu belum lagi menyentuh bagaimana kadar Ringgit Malaysia mengalami penurunan mendadak berbanding Dolar Amerika, indeks KLSE mengalami penurunan teruk serta kedudukan kewangan negara sudah mula goyah. Di sinilah timbul persoalan, adakah kes-kes ini mampu menurunkan harga barang dan meringankan beban rakyat?
Apa yang diperhatikan, tidak ada satu pun kes-kes berkenaan mampu untuk meringankan beban rakyat dan menurunkan harga barangan. Apa yang berlaku adalah, kesemua kes berkenaan diungki semula hanya semata-mata mahu melunaskan dendam pihak-pihak tertentu untuk menjahanamkan imej BN, UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Ianya seumpama gajah sama gajah bergaduh, kancil ditengah-tengah menjadi mangsa. Rakyat masih ternanti-nanti, apakah tindakan kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan kenaikan harga barangan asas. Tidak perlu hanya beretorik dan berpolitik sedangkan rakyat sendiri terhimpit dengan kegilaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan misi membalas dendam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tD0b9u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment