Klook Dilancarkan – Aplikasi Menawarkan Pelbagai Promosi Menarik Di Destinasi Percutian
Kami jarang sekali bercuti kerana kesibukan tugas dan juga kerana kekurangan wang. Adakah kebiasaan apabila ke destinasi menarik pengguna akan mencari harga yang paling murah. Tugas mencari harga tiket paling murah di destinasi percutian ini menjadi lebih mudah dengan menggunakan aplikasi Klook.
Klook sudah beroperasi di Malaysia sejak November 2017 tetapi hanya hari ini dilancarkan secara rasmi lengkap dengan beberapa promosi menarik. Terdapat sekitar 40,000 tawaran boleh diakses pengguna di 200 destinasi seluruh dunia menerusi Klook. Ia tidak terhad kepada tiket ke taman tema tetapi turut ditawarkan adalah tiket festival muzik, tempat makanan popular, pertunjukan budaya, pakej ke destinasi-destinasi tempatan yang menarik, sewa pengangkutan dan juga menyewa hotspot WiFi.
Seperkara lagi yang menarik bagi pengguna Klook ialah mereka tidak lagi perlu beratur panjang di beberapa destinasi terpilih. Mereka boleh memintas terus ke hadapan dengan hanya menunjukkan aplikasi.
Muat turun aplikasi Klook versi Android dari Google Play
Muat turun aplikasi Klook versi iOS dari App Store
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tAVBZf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment