Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM Perlis tolak Ismail Kassim nak lompat masuk…musuh tidak boleh duduk semeja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM Perlis tolak Ismail Kassim nak lompat masuk…musuh tidak boleh duduk semeja

Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim (gambar) keluar daripada UMNO dan berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sesuatu yang tidak logik.

Pengerusi PPBM negeri, Ameir Hassan berkata 'musuh di medan perang' tidak akan boleh duduk semeja selepas apa yang berlaku kerana sebelum 'bertempur' (dalam Pilihan Raya Umum ke-14 [PRU14]) ruang sudah terbuka luas untuk mereka sama-sama berjuang, namun peluang itu tidak direbut.

"Tidak mungkin kami (PPBM) akan bekerjasama dengan musuh yang telah membunuh ramai teman-teman seperjuangan kami semasa di medan perang dahulu (PRU14). Dia sudah bunuh kawan-kawan kami tiba-tiba nak sertai kami pula," katanya.

"PPBM Perlis sudah mempunyai pemimpin berwibawa yang mencukupi dan kami tidak memerlukan ilmu-ilmu songsang yang dipraktikkan UMNO untuk dibawa masuk ke dalam perjuangan kami."

"Kalau betul-betul nak berjuang untuk rakyat, minta adakan semula pilihan raya untuk dapatkan mandat rakyat," katanya kepada Bernama di Kangar Khamis.

Ameir berkata hasrat Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau itu untuk melompat parti juga tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah namun sebarang keputusan muktamad mengenai perkara itu tertakluk kepada kepimpinan PPBM di peringkat pusat.

Lewat Rabu tadi, Ismail memaklumkan beliau keluar UMNO selepas hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti dan menjadi wakil rakyat bebas dan keputusan itu demi kepentingan rakyat apabila beliau perlu menjalin hubungan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selain memaklumkan akan menyertai PPBM dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, Ameir yang juga Pengerusi PH Perlis berkata PPBM di peringkat negeri akan meneruskan perjuangan mereka dengan cara tersendiri dan akan bertindak sebagai pembangkang yang bijak di negeri ini.

"Kami juga yakin akan mencapai kemenangan bersih pada pilihan raya umum akan datang kerana pada PRU14 kami hanya kalah tipis," katanya.- 20/6/2018



Sumber PPBM Perlis tolak Ismail Kassim nak lompat masuk…musuh tidak boleh duduk semeja

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IrWdWv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.