Hi! Welcome Back and Stay Tune! SESB Bakal Potong Bekalan Elektrik Pusat Beli-belah 1Borneo. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SESB Bakal Potong Bekalan Elektrik Pusat Beli-belah 1Borneo.


KOTA KINABALU, 25 Jun - Pusat beli-belah terkemuka, 1Borneo Hypermall (1Borneo) di Sepanggar di sini bakal dipotong bekalan elektrik berikutan kegagalan pihak pengurusannya membayar tunggakan hutang utiliti itu sejak tahun lalu yang mencecah RM9.3 juta.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir Mohd. Yaakob Jaafar berkata, bekalan elektrik akan dipotong Rabu ini jika tiada bayaran yang diterima pihaknya selewat-lewatnya esok seperti yang tertera di dalam notis yang telah diserahkan beberapa kali.

“SESB berharap pihak pengurusan 1Borneo akan segera membuat bayaran selewat-lewatnya pada esok seperti mana yang dituntut memandangkan perbincangan dan notis telah diserahkan beberapa kali sebelum ini.

“Tindakan untuk memotong bekalan ini adalah diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Yaakob meminta pihak pengurusan 1Borneo untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pengguna-pengguna berdaftar di bawah pengurusannya. - UTUSAN ONLINE

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yGqGAD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.