Hi! Welcome Back and Stay Tune! U Mobile Melancarkan Giler Unlimited – Pelan Prabayar GX30 Tanpa Had Data Pada Harga RM 30 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U Mobile Melancarkan Giler Unlimited – Pelan Prabayar GX30 Tanpa Had Data Pada Harga RM 30

Dalam tempoh 6 bulan ini, boleh dikatakan tidak banyak kemaskini utama yang dikongsikan oleh syarikat telekomunikasi. Mungkin sedikit sebanyak berkait dengan pilihanraya mahupun hari raya namun segalanya bakal berubah dengan pengumuman terbaru dari U Mobile.

Pada hari ini mereka telah mengumumkan kemaskini untuk pelan pascabayar dan prabayar yang sentiasa disukai golongan muda yang dipanggil Giler Unlimited. Kedua-dua ini membawakan kod nama yang sama, dipanggil GX malah jauh lebih rendah harganya berbanding pesaing lain, serendah RM 30 untuk GX30 dan RM 50 untuk GX50.

GX30 merupakan pelan prabayar terkini dari U Mobile dibawah jenama Giler Unlimited. Pada harga serendah RM30 untuk penggunaan selama 30 hari, pengguna akan menerima kuota data percuma tanpa had dan menariknya, tiada sebarang had atau waktu tertentu untuk menikmatinya seperti sebelum ini sekaligus memberikan lebih nilai untuk pengguna.

GX50 pula merupakan pelan pascabayar Giler Unlimited dimana pelanggan hanya perlu membayar RM50 sebulan bagi langganan mereka untuk menikmati kesemua tawaran yang sedia ada untuk GX30, ditambah dengan kuota panggilan tanpa had.

Untuk kedua-dua pelan ini juga, mereka bakal menerima kuota data penggunaan hotspot di kawasan tertentu. Bagi pelanggan prabayar GX30, kuota data hotspot adalah sebanyak 3GB manakala 5GB untuk pelanggan pelan pascabayar GX50.

Dengan kedua-dua penawaran terbaru ini, ia sekaligus memberikan lebih pilihan buat para pengguna dan bagi pengguna U Mobile, mereka tidak perlu lagi risau mengenai kuota data kerana pada zaman ini kuota data telahpun menjadi satu keperluan asasi seperti air dan elektrik.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MYYqw3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.