Hi! Welcome Back and Stay Tune! Western Digital Memperkenalkan Sandisk Extreme Portable SSD Dan WD My Passport Wireless SSD Untuk Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Western Digital Memperkenalkan Sandisk Extreme Portable SSD Dan WD My Passport Wireless SSD Untuk Pasaran Malaysia

Bagi pekerja-pekerja kreatif seperti pereka, jurukamera dan sebagainya, storan digital boleh dikatakan diantara peranti-peranti yang cukup penting bagi mereka kerana dengan peranti-peranti inilah profesional-profesional ini akan menyimpan data gambar dan rekaan mereka, dan jika boleh, mereka akan ingin membawanya kemana-mana sahaja.

Di acara CES pada awal tahun ini, Western Digital memperkenalkan dua buah peranti storan mudah-alih yang menggunakan storan SSD, iaitu WD My Passport Wireless SSD dan juga SanDisk Extreme Portable SSD.

 

Storan WD My Passport Wireless SSD menggunakan storan SSD untuk memastikan penghantaran dan penerimaan data yang laju. Ia hadir dengan sokongan untuk dua jenis sambungan, iaitu WiFi dan juga USB 3.0.

Apa yang menarik mengenai sambungan WiFi storan ini ialah ia hadir dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan selama 15 jam, dan baterinya boleh digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti pintar anda. Ia juga hadir dengan penutup getah yang melindungi storan ini.

 

Untuk pasaran Malaysia, storan WD My Passport Wireless SSD ini hadir dengan pilihan storan 250GB (RM1099), 500GB (RM1499), 1TB (RM2299) dan 2TB (RM3699). Peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung bulan Julai kelak.

SanDisk Extreme Portable SSD pula ialah storan SSD bersaiz kecil, tetapi dilengkapi storan digital yang cukup besar, bersama-sama dengan ciri-ciri lasak yang membolehkan pengguna membawanya kemana-mana sahaja.

 

Ia menggunakan sambungan USB 3.1 Type-C kepada komputer, dan menurut Western Digital, ia juga dilengkapi dengan adapter kepada USB Type-A untuk komputer ataupun laptop yang tidak mempunyai sambungan USB Type-C.

Storan SanDisk Extreme Portable SSD ini juga hadir dengan sokongan IP55 untuk mereka yang sering mengambil gambar di kawasan pedalaman, dan inginkan storan yang lebih tahan lasak. Ia juga boleh dijatuhkan pada ketinggian 2 meter tanpa menghadapi sebarang masalah.

 

Menurut Western Digital, saiz storan SanDisk Extreme Portable SSD yang akan memasuki pasaran Malaysia termasuklah 250GB (RM529)500GB (RM829), 1TB (RM1699) dan juga 2TB (RM3299). Mereka juga menyatakan bahawa peranti ini akan dijual di pasaran tempatan bermula hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2yKTDLG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.