‘44 Unit Barangan Kemas Dirampas Polis.’ Firma Tukang Emas Borong Dari Lubnan Yang Merupakan Pemilik Barangan Kemas Failkan Saman RM59.8 Juta Pada DS Rosmah..
Seperti kata pepatah, 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Itulah nasib Datin Seri Rosmah Mansor apabila seorang tukang emas borong dari Lubnan telah memfailkan saman RM59,831 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, Jun lalu berikutan 44 barangan kemas yang dihantar kepada Rosmah pada Februari tahun ini telah dirampas oleh polis pada Mei, lapor MalaysiaKini.
Dalam pernyataan tuntutan Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Beirut, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay, berkata, Rosmah merupakan pelanggan lama dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia termasuk kepada keluarga diraja.
Dakwa syarikat itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, firmanya akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar oleh Rosmah sendiri ataupun oleh pihak ketiga. Barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.
Menurut syarikat itu lagi, Rosmah adakalanya akan meminjam barang kemas itu dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai yang turut disertakan dengan memorandum penyerahan yang menerangkan terma dan syarat bahawa hak milik barangan berkenaan tetap dengan firma tersebut.
Menerusi memorandum bernombor 926 bertarikh 10 Februari 2018, Global Royalty telah menghantar 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai antara RM498,852 ke RM3,721,737.50. Malah dalam surat bertulis yang bertarikh 22 Mei, Rosmah mengakui menerima barangan berkenaan.
"Beliau mengakui secara bertulis mengenai penerimaan konsainan itu, tetapi tidak lagi dalam jagaannya kerana ia dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia," kata kenyataan tuntutan tersebut.
Dalam tuntutan itu, Global Royalty memohon pengisytiharan mahkamah bahawa mereka adalah pemilik sah kepada 44 unit barangan kemas yang dirampas polis dan memohon perintah mandatori agar barangan berkenaan dikembalikan atau secara alternatif. Sekiranya tidak dapat dipulangkan, Rosmah perlu membayar jumlah yang dinyatakan berdasarkan nilai barangan kemas tersebut.
Difahamkan, kes tuntutan itu akan diadakan hari ini.
Mei lalu, polis menyerbu dan merampas pelbagai barangan mewah dan wang tunai dari dua unit kediaman yang mempunyai kaitan dengan Najib di Pavilion Residences, Kuala Lumpur. Bagaimanapun pada Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan penyalahgunaan kuasa dalam kes berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd.
Sumber: MalaysiaKini
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NyP0I1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment