Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Gara-Gara Bercakap Dalam Kelas, Guru Dipecat Tampar Pipi Pelajar 12 Kali Dengan Kuat Hingga Tinggalkan Kesan Merah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Gara-Gara Bercakap Dalam Kelas, Guru Dipecat Tampar Pipi Pelajar 12 Kali Dengan Kuat Hingga Tinggalkan Kesan Merah..



Seorang guru di timur China telah dipecat selepas dia berulang kali menampar pipi seorang pelajar lelaki dengan kuat sehingga meninggalkan kesan tapak tangan berwarna merah di pipi kiri pelajar itu.

Gambar : Daily Mail

Difahamkan, guru terbabit yang mengajar di Sekolah Menengah Suyu dilaporkan menghukum pelajar berkenaan kerana bercakap dengan rakannya ketika sesi pembelajaran, pada Selasa lalu. Menurut laporan, guru terbabit telah menampar pipi pelajar itu sebanyak 12 kali.


Pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Xiaochen, cedera dan mengalami gegaran otak serta kesan beberapa bekas kesan tapak tangan guru berkenaan di pipi. Dia kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Video selepas kejadian itu yang dimuat naik Beijing Times menunjukkan Xiaochen terbaring di katil Hospital Perubatan Cina Suqian, pada Rabu.


Jelas kelihatan kesan tapak tangan yang masih merah di bahagian pipi kirinya. Mangsa memberitahu media, dia didenda selepas guru terbabit mendapati dia berbual dengan rakannya dalam kelas.

Guru tersebut menarik Xiaochen dari kerusinya dan memberikan tamparan sebanyak 12 kali di hadapan rakan-rakan kelasnya.


Menurut salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut, guru terbabit gagal mengawal kemarahannya dan telah menampar seorang pelajar perempuan sebelum Xiaochen menjadi mangsa seterusnya.

Pemeriksaan hospital mendapati mangsa cedera di bahagian telinga kiri, mengalami gegaran otak dan beberapa lagi kecederaan lain, termasuk hilang upaya pendengaran untuk sementara waktu.


Kejadian itu dilaporkan kepada pihak Kementerian Pendidikan dan keluarga Xiaochen turut membuat laporan polis. Pihak sekolah pula bersetuju untuk membayar segala kos perubatan Xiaochen.

Pihak sekolah juga mengambil tindakan memecat guru terbabit dan dilaporkan mengurangkan pemberian bonusnya bagi tahun lepas. Namun, tidak dapat dikenal pasti sama ada polis akan mendakwa guru berkenaan atau sebaliknya.

VIDEO:


Sumber : Daily Mail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NGsYCX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.