Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan – TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Tegas Naikkan Had Umur Perkahwinan – TPM

KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menaikkan had umur perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ia susulan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang tidak akan menyokong usul kerajaan untuk menyeragamkan proses tapisan perkahwinan membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, kementeriannya mengambil maklum mengenai kebimbangan SUHAKAM mengenai isu perkahwinan kanak-kanak.

Katanya, cadangan menaikkan had umur perkahwinan sedang diperhalusi beberapa kementerian dan agensi, seperti yang pernah disebut dalam kenyataannya pada 2 Julai lalu.

“Perkara ini adalah sejajar dengan manifesto Buku Harapan untuk menaikkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun bagi kedua-dua jantina.

“Semua pihak terbabit sedang giat membincangkan mekanisme pelaksanaan sebelum ia dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Kementerian juga tidak mempunyai autoriti untuk menyemak semula prosedur operasi standard sedia ada berkaitan kelulusan dan pengendalian urusan perkahwinan kanak-kanak kerana perkara ini berada di luar bidang kuasa kementerian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Wan Azizah sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan membentangkan pindaan menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, pada sidang Dewan Rakyat akan datang, namun tidak memperincikan akta bakal dipinda.

Ia susulan tindakan seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan mengahwini seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang difahamkan berasal dari selatan Thailand, baru-baru ini, mencetuskan polemik apabila ia disifatkan bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2016 dan Enakmen Keluarga Islam.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KZ6HBO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.